kawan

Sunday 27 March 2011

menjadi kawan atau lawan. ""Make yourself employable"


gunakan hidup ini ditahap maksimun jangan sesekali mengalah kerana yang tewas bermula pada diri. jika kita melangkah janganlah berhenti. jika ada halangan berfikir sejenak dan gunakan senjata yang ada pada diri kita. hidup ini umpama mengembara di dalam hutan dengan berbekalkan sebilah parang. dengan sebilah parang ini kita kemudiannya dapat mencipta sesuatu yang baru meneruskan kehidupan.

saya ingin rumuskan apa yang dapat daripada seminar pada 26/3/2011. walaupun pada dasarnya seminar ini pada pandangan awal merupakan sesuatu ketepaksaan dalam diri namun terpaksa merelakan diri. namun begitu, setelah balik dari seminar membuatkan saya terfikir seketika tentang apa yang dibicarakan. bisik hati kecilku "alangkah ruginya kalau aku tidak sertai" semasa itu juga saya ucapkan syukur pada-Nya  kerana diberi kesempatan itu.

pekara yang ingin saya simpulkan adalah kekalahan dan kerjayaan semua atas diri. kata keramat dari al-Quran tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali, kaum itu sendiri merubahnya. ayatnya ringkas tetapi mempunyai 1001 maksud yang tersirat. secara keseluruhannya motiwasi tersebut lebih menjurus kepada diri, keyakinan, dan cara kelakuan kita seharian.

tetapi apa yang menarik tentang penceramah bagi saya adalah beliau mengunakan bahan al-Quran dan hadis. namun begitu, saya terfikir sejenak bahawa sesuatu yang saya lalai sebenarnya berguna kerana gagal memanfaatkan segala kata atau unsur yang sememangnya berasal dari yang Agong. kita sebenarnya kalah dengan bayang sendiri. kerana setiap hari mungkin kita menyalahkan faktor luaran di atas apa yang terjadi pada diri. 

diri adalah kawan dan lawan
kecewa dalam resah
bodoh dalam megah
kata hebat
tapi lemah


Tuesday 22 March 2011

kasih sayang itu penawar





story time!!!!!(kepada insan yg bernama lili,,dont be like this ha!)haha,,kidding,,,

Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."







Sunday 20 March 2011

luahan hati

sudah sekian lama hidup sepi namun masih tidak memiliki. penantian demi penantian telah dilalui mungkin belum ada yang mengisi. Sebenarnya bukan aku memilih. Jauh disudut hatiku tidak sebegitu. Aku kini telah tekad dan berdoa semoga seseorang yang sememangnya jodohku melamarku dahulu diriku. Biarlah orang kata “tradisi lelaki melamar wanita” apa salahnya wanita dahulu melamar lelaki . kerana aku dah serik dengan beberapa peristiwa hidupku menyebabkan aku hampir hilang arahnya. Mungkin dengan cara ini wanita tersebut menerima aku seadanya. Namun begitu adat tetap adat akanku turuti. Tapi sendiri ini buat aku berfikir sesuatu tetang mengapa Allah mengujiku seperti ini. Cukuplah aku melukai dan dilukai seseorang.

            Cinta itu sememangnya buta dan selagi tiada ikatan yang sah ia akan musnah sekelip mata. Tapi ada juga perhubungan yang dibina kekal sehingga akhir hayat, hal ini mungkin kerana hubungan dibina berlandaskan keimanan dan dasar saling kepercayaan antara satu sama lain. Akal untuk berfikir? Benar sekali tapi jika pemikiran itu mengikut emosi ia tak kemana melainkan pemikiran tersebut berlandaskan agama. Kerana penglihatan mata dan akal berlandaskan agama akan menghasilkan sesuatu keputusan yang baik.


“Kadang benda yang kita benci itu adalah baik bagi kita
Dan yang baik bagi kita adalah buruk yang sebenar”

kuasa wanita

TANGAN yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Demikian pepatah keramat yang mengiktiraf kemampuan kaum Hawa. Ia bukan sekadar pepatah tetapi wanita kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam. Malah keupayaan golongan wanita dalam menguruskan sesuatu perkara lebih baik berbanding lelaki. Bukan mahu memprovokasi kaum lelaki dalam hal ini tetapi kaum Hawa yang dulunya dikatakan hanya layak berada di dapur dan mengasuh anak, kini berada di barisan depan bersama kaum Adam dalam membuat keputusan penting untuk kepentingan dan keharmonian negara.
Sejajar dengan hasrat tersebut, Kedutaan Amerika Syarikat dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bersama meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Hari Wanita Sedunia 8 Mac lalu dengan membawa tema Get Equality Right for Malaysian Women yang memfokus kepada penglibatan golongan wanita dalam bidang politik.Turut hadir pada majlis tersebut Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones Sehubungan itu, Empower mendapat geran daripada Pejabat Setiausaha Wanita Global Amerika Syarikat bagi melaksanakan program perintis Menjana Kuasa Wanita bagi membantu Malaysia mencapai matlamat 30 peratus perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan.
Selama 100 tahun, wanita berusaha untuk memperjuangkan hak demokratik dan membawa wanita pada tahap kini. “Empower menggesa kerajaan bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam politik di Malaysia. “Kini lebih ramai wanita yang berpendidikan dan membentuk 47.1 peratus tenaga buruh di Malaysia. Sasaran 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan masih belum tercapai mungkin kerana mereka tidak diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan yang ada,” kata Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah pada Sambutan Hari Wanita Sedunia kali ke-100 di Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-AS (MACEE) di Menara Yayasan Tun Razak. Berdasarkan statistik oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) pada Jun 2008, wanita hanya menyandang 18 peratus daripada kerusi Parlimen di seluruh dunia.
Wanita dalam Parlimen
Bekas Penasihat dan ahli jawatankuasa Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Shanthi Dairiam memberitahu, penglibatan wanita dalam Parlimen sudah ramai di negara-negara lain di dunia baik menjawat jawatan sebagai menteri kabinet, majlis tempatan, badan kehakiman dan beberapa bidang pembuat keputusan yang lain.
Menurutnya, jumlah peratus menteri wanita di beberapa negara di Eropah telah meningkat. Di Sepanyol dan Norway, wanita mewakili 50 peratus di kabinet. Di Perancis pula tujuh daripada 16 ahli kabinetnya adalah wanita dan di Denmark, menteri wanita merangkumi 46 peratus di kabinet. “Penglibatan wanita sebagai wakil Parlimen di Malaysia berada di tangga 102 di dunia dengan 9.9 peratus dan tangga kelapan (terakhir) di Asia Tenggara. Malaysia ketinggalan jauh berbanding negara-negara jiran yang lain.
“Apabila 30 peratus wanita berada di peringkat pembuat keputusan, banyak impak akan berlaku. Saya percaya bahawa wanita akan lebih efektif dalam membuat keputusan jika isu-isu tersebut berkaitan dengan isu-isu wanita. Berikanlah golongan wanita peluang dalam masa yang sama hulurkanlah bimbingan dan sokongan kepada mereka,” ujarnya. Sungguhpun begitu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman tidak melihat kuantiti pemimpin wanita sebagai kekangan dalam menangani sesuatu isu.
“Walaupun seperti yang dinyatakan bahawa kita berada di tangga 102, pencapaian kita lebih baik daripada mereka yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen mahupun menteri wanita yang ramai. “Wanita yang mahu melibatkan diri dalam politik perlu kuat untuk menghadapi dunia politik yang didominasi oleh lelaki. Ia bukan sesuatu yang mudah,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa wanita-wanita Malaysia tampil ke depan bagi memenuhi sasaran 30 peratus yang diberikan oleh kerajaan. “Keluar dari zon selesa dan tonjolkan apa yang anda dapat disumbangkan kepada negara,” katanya.

Thursday 17 March 2011

panahan misteri


     mungkin tanpa sedar kita sering dipanah oleh sesuatu misteri. dalam hal ini perkara yang mudah untuk dikongsi adalah berkaitan dengan cinta. panahannya berlaku secara diam atau tanpa disedari oleh seseorang. kadang-kadang racun yang disebar boleh memudaratkan diri seseorang. namun terdapat suatu panahan penawar iaitu cinta kepada Allah dan rasulnya. jika terkena panah ini maka seseorang itu akan sentiasa berada dalam kesembuhan jiwa yang baik. persoalannya kita telah hanyut leka dengan segalanya di dunia kerana pengaruh sekitar yang mencabar. 
      
      cinta makhluk memang ramai yang memiliki tetapi cinta hakiki cuma orang tertentu sahaja mencari. panahan mesteri juga boleh juga dibicarakan mengenai perkara syirik yang diamalkan segelintir manusia seperti sihir, santau, pengasih dan lain-lain. panahan misteri ini adalah perjanjian diantara manusia dengan syaitan untuk merosakkan manusia. namun begitu kita harus ingat bahawa segala mushibah yang berlaku datangnya dari Allah s.a.w. kerana sebelum iblis memudaratkan manusia terlebih dahulu dia meminta keizinan dari-Nya.
     

     panahan misteri juga adalah ibarat petir yang meyambar dalam sekelip mata boleh memudaratkan. namun begitu sebagai manusia kita perlu mencari panahan misteri dari raja segala raja kerana panahan tersebut akan membuatkan kita bahagia selamanya.

Monday 14 March 2011

mengapa kucing disukai?

       kucing merupakan haiwan kesukaan manusia, bukan kerana sifatnya sahaja yang manja. tapi kucing juga adalah penghibur jiwa. melihat telatahnya kita boleh ketawa riang. namun begitu ada juga yang tidak menyukai kucing kerana suka kencing dimerata-rata. tapi sebenarnya kucing juga boleh di didik dan dilatih seperti yang diingini. ingatlah bahawa berbuat baik kepada haiwan besar pahalanya dan haiwan tersebut akan turut mendoakan tuan juga pepatah melayu juga pernah menyebut tentang kucing iaitu berbunyi.

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
mana nak sama si adik sorang


        pantun diatas juga mengambarkan kucing sebagai haiwan yang comel, cantik dan sebagainya. mana mungkin kalau sesuatu haiwan yang tak disukai di letakan tarafnya sebagai yang terbaik. dalam pantun kata kucing itu dijadikan sebagai pembayang dan disamakan dengan manusia dalam pantun tersebut. 

Saturday 12 March 2011

tok guru


Pemimpin sederhana
Ulama Islam dan tokoh politik Melayu
TENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen yang komited
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.
Kerjaya awal sebagai ahli politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Thursday 10 March 2011

Sajak Perjuangan Belum Selesai





Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Wednesday 9 March 2011

Zamani - Jika Kau Rasa Getarnya




Janganlah hanya mengukir janji 
Sedangkan dikau masih mencari 
Adakah benar kata kata 
Bukan ungkapan sementara 

Kaulah pancaran yang daku rasa 
Bagaikan obor yang menyinar 
Jika terpadam tiba tiba 
Sunyilah insan alam gelita 

Jika kau selam hati ini 
Pastinya engkau kan mengerti 
Betapa sucinya cintaku 
Jangan diragu 

Jika kau rasa getarnya 
Debaran kasih cinta yang meronta 
Nilai kasihku padamu cukup berharga 

Bukan simpati yang aku pinta 
Kebenaranmu memutus kata 
Agar dapatku abadikan 
Untuk pedoman peniti cinta 

Jika kau selam hati ini 
Pastinya engkau kan mengerti 
Betapa sucinya cintaku 
Jangan diragu 

Jika kau rasa getarnya 
Debaran kasih cinta yang meronta 
Nilai kasihku padamu 
Cukup berharga

Semoga Untukmu Maaf Akhirnya

kisah yang nak hamba ceritakan ini berkaitan dengan seseorang yang dahulunya disebabkan cemburu  menyebabkan ianya dilepaskan. setelah dilepaskan tak sampai sebulan ia sudah berteman. maafkanlah hamba. kerana tanpa bersebab hamba lepaskannya tapi yang pasti cemburulah punca, namun begitu ada hikmah disebalik apa yang berlaku. selepas itu hamba berkenalan dengan seseorang namun tak pernah berjumpa tapi hamba bermimpi bahawa dia ada orang lain, dahulu hamba sukar percayainya. tapi sekarang memang benar mimpi itu, setelah perkara tersebut hamba takut untuk mencari cinta manusia lagi. tapi mungkin satu masa akan adalah ia. dari peristiwa seperti diri dipermainkan hamba terasa hiba, sedih, duka, dan kecewa. ketika itu semua jalan hidupku gelap.


     mujurlah Allah memberi petunjuk kehidupan. namun begitu semasa ditelefon dia menangis. tetapi dalam doaku ketika solat hamba doakan agar dikau bahagia, sebab hamba adalah jahat tapi alhamdullilah Allah makbulkan doaku. sebenarnya hamba sejak dahulu diuji oleh Allah dengan suatu penyakit. tapi hamba redha kerana mungkin dosa hamba lakukan diuji dengan penyakit. tapi di sudut hati kecilku berdoa semoga aku tidak diambil nyawa sebelum impianku belum tertunai, kerana hutang pada ibubapaku belum selesai.

  tapi dahulu orang yang hamba tinggalkan pernah berkata, suatu hari nanti dia akan rasa seperti yang dia rasa,. tapi mungkin pada awal waktu hamba belum terfikir semuanya kerana hamba masih baru ketika itu. setelah sekian lama hamba di sini barulah terfikir akan silap ini. tapi alhamdullilah hamba dibimbing dengan agama, adakah kamu terfikir kenapa hamba tidak sering berjumpa hanya kerana satu adalah batas yang Allah nyatakan. ingatlah sekiranya sesuatu itu secara ikhlas maka ianya akan dipermudahkan.
  
   akhir kata hamba ingin nyatakan bahawa jodoh dan pertemuan sesuatu telah tersirat. apa sahaja ketentuan hendaklah diterima sebaiknya. hamba tahu dulu memang itu kesilapan hamba. ada sebab mengapa kita bertemu dengan yang salah...
   
     

noktah

     noktah hidup yangku nukilkan merupakan pemulaan hidup, kerana kita belum tahu bagaimana akhiran kita, jika baik minta didekatkan kalau buruk jauhlah ia. ada orang kata noktah merupakan titik kerana dengan titik ini maka lahirlah huruf yang menterjemahkan kata kita. berbicara tentang cinta setiap kita mengalami pelbagai cinta sama ada Allah, Rasul, manusia, haiwan dan lain-lain. dan setiap cinta itu tidak sama kerana jiwalah yang melebihkan cinta itu. jika cinta Allah bahagialah kita jika sebaliknya alangkah ruginya manusia.
      
        berbalik kepada noktah kehidupan kadang-kadang renungan yang tajam ini mencari noktah temu antara dua benua. mungkin apa yang aku ingin katakan tidak semua mengerti kerana ada sesuatu rahsia terpaksa aku siratkan dalam kiasan. aku sering bertanya pada diriku mengapa aku adalah aku? kenapa tak seperti dia yang lebih hebat, setelah sekian lama difikirkan tentang ini barulah aku temui jawapan..

        jawapan tentang hidup, kita sebenarnya sama antara manusia yang membezakan adalah diri kita sendiri. apa tidaknya analoginya begini ada sebatang pokok kelapa dan kemudian ada dua orang manusia yang dikatakan sama saiz, kuat dan tingginya. namun begitu, antara keduanya belum tentu boleh memanjat pokok kelapa itu mungkin manusia A tidak boleh manakala B boleh. kalau keduanya boleh pun ada yang lambat dan ada yang laju. kerana manusia ada kelebihan dan ada kurangnya.


    kerana suatu cinta aku menjadi lebih terfikir, dalam cinta itu aku rasai sakitnya, pedihnya dan manisnya dan itulah merasakan suatu noktah hidup yang begitu perih dan hampir mati kerananya. namun selepas dua peristiwa membuatkan pintu cinta manusia tertutup buatku. kerana dalam dunia ini semuanya ku anggap kawan. namun begitu setelah temui cinta halki segala cinta manusia yang membuatkan diriku kecundang terkikis. cinta Allah adalah segalanya, rasul penunjuk jalan. apa tidaknya nabi s.a.w pernah menangis ni pula aku yang biasa. dan terlintas di fikiranku adalah "seseorang yang menangis akan bangkit selepas itu". sabda pernah berkata yang ketawa itu buatkan hati itu jadi buta.

Dari hati Mahathir


Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/09

pix_gal0
‘Tun Razak mentor saya’

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tun Razak Hussein sebagai seorang mentor dan pelindungnya serta banyak belajar daripada Perdana Menteri Kedua itu.
Dr Mahathir berkata, Razak adalah seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu.
“Kecenderungan beliau yang sering menyebelahi saya ketika itu amat ketara sehingga mengundang rasa cemburu dalam parti. Ada juga cakap-cakap saya menjadi budak kesayangannya, namun saya sendiri tidak begitu biasa dengannya ketika itu.

“Kami tidak pernah bersosial, tetapi dalam semua hal politik, saya amat bergantung kepada keputusan dan sokongan beliau,” kata Dr Mahathir dalam bukunya. Dr Mahathir berkata, Tun Razak yang mencadangkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan pada 1964 dan turut menyenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Politik UMNO.

“Sebagai ahli jawatankuasa itu, saya sering ke rumah Tun Razak dan mengadakan perbincangan mendalam dan itulah permulaan hubungan akrab kami.

“Keyakinannya terhadap saya meningkat selepas saya membantu menyelesaikan demonstrasi pelajar ketika menjadi Menteri Pelajaran. Ketika itu, saya hanya mahu beliau menganggap saya sebagai seorang yang boleh diharapkan dan sedia bertindak,” katanya. 
Dr Mahathir berkata, satu hari pada 1975 di bangunan Parlimen, Tun Razak mengajak ke tepi dan memaklumkan beliau sedang menghidap penyakit berkaitan darah dan akan berlepas ke London untuk rawatan.

“Sebaik kami menghantar beliau ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya menghubungi doktor peribadi Tun Razak dan selepas itu baru saya tahu beliau menghidap leukemia dan sudah mencapai tahap kritikal. Saya tahu, beliau tidak akan pulih kerana tidak ada rawatan berkesan untuk kanser,” katanya.

Tun Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun.

Dr Mahathir yang mendapat tahu pemergian Tun Razak sebaik kembali dari Indonesia bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan kehilangan beliau sebagai tragedi buat dirinya.

 

Dr Mahathir beri alasan pecat Anwar dalam buku
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/09

Bekas Perdana Menteri nafi bimbang kena cabar timbalan 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 atas dua sebab iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam buku pengkisahan sepanjang memimpin negara bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menafikan memecat Anwar kerana bimbang akan dicabar.
“Adalah tidak berasas sama sekali (pecat kerana akan dicabar) dan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri kerana perbuatannya sendiri. 

Dr Mahathir mendakwa beliau pertama kali dimaklumkan mengenai salah laku moral Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, empat tahun sebelum buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri dihantar kepadanya. 

Namun, beliau tidak membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya bahan sensasi bertujuan mengaut keuntungan. 

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pada 1997, beliau mula mengesyaki salah laku Anwar apabila menerima surat yang menceritakan secara terperinci mengenai perkara itu daripada Ummi Hafilda Ali, iaitu adik kepada setiausaha politik Anwar, Azmin, dan sebulan selepas itu menghantar satu lagi surat menafikannya. 
Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004. 

Dr Mahathir turut menolak dakwaan bahawa UMNO yang mempelawa Anwar menyertai parti itu kerana Anwar sendiri yang pada ketika itu menjawat jawatan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu menyertai UMNO, iaitu tidak lama selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981. 

“Bila saya bertanya mengapa beliau mahu menjadi sebahagian daripada UMNO, Anwar berkata beliau mahu menyumbang kepada perjuangan parti. 

“Beliau memberitahu mereka (kepemimpinan ABIM), beliau mahu merubah pandangan UMNO kepada ABIM dan mempengaruhi kerajaan daripada dalam dan berkata, agendanya adalah untuk merubah kerajaan kepada kerajaan Islam dan menyertai parti (UMNO) adalah cara paling berkesan,” katanya. 

Ketua pembangkang tuduh Dr M pendusta


2011/03/09

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan buku Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh dirinya dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pendusta. 

Dalam emel yang dihantar kepada portal berita, Malaysia Insider, semalam, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 mendakwa Dr Mahathir mengalami hilang ingatan (amnesia) yang selektif.
“Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar bagi menjawab perkara yang ditulis Mahathir dalam buku berkenaan.
Anwar berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks pada 1998 bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten sudah menjawab isu itu sebelum dipecat. 

“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” katanya. 

Anwar berkata, beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi konteks yang sebenar beliau sudah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks membabitkan empat wanita. 

“Dalam konteks berkenaan, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” katanya. 
Anwar berkata, keputusan Dr Mahathir untuk memecatnya bukan disebabkan isu moral, tetapi berhubung keputusannya supaya Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan Perwaja membabitkan Tan Sri Eric Chia. 
Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mendakwa Dr Mahathir sengaja melemparkan tuduhan liar terhadap Anwar untuk melariskan bukunya. 

“Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Dr Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. ‘Berita’ dan ‘bukti’ keterlanjuran Anwar, jika benar, sudah tentu sampai lebih awal kepada Dr Mahathir untuk diambil tindakan,” kata beliau dalam laman blognya. http://wanazizahblog.com. 

Dr M bukti diri bukan diktator dalam buku


2011/03/09

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditulisnya sejak lapan tahun lalu dapat membuktikan kepada orang ramai yang beliau bukan diktator seperti digambarkan pengkritiknya. 

Menyifatkan buku pengkisahan hidup ketika memimpin negara itu adalah pandangan beliau mengenai Malaysia dan dirinya, bekas Perdana Menteri berkata, selama 22 tahun menerajui negara, pelbagai kritikan dilemparkan termasuk melabelkannya sebagai pemerintah kuku besi.
“Melalui memoir ini saya cuba buktikan yang saya bukan diktator, tetapi sudah tentu ia tidak boleh meyakinkan semua pihak,” katanya pada majlis pelancaran buku itu, di Midvalley Megamall, di sini semalam.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab terbuka dengan wakil media dan orang ramai yang menyaksikan Dr Mahathir menjawab soalan dalam gaya yang bersahaja tetapi sinis. 

Kepada soalan mengenai pemilihan tajuk, Dr Mahathir berkata beliau terfikir untuk menggunakan tajuk seperti Mahathir the Napolean atau Mahathir the Great sebelum memilih tajuknya. 

“Saya patut digambarkan sebagai doktor kerana itu adalah saya,” katanya menyifatkan mentadbir sebuah negara juga ibarat doktor yang menjaga pesakitnya. 

Mahathir berkata, buku itu itu mengambil masa lama disiapkan kerana tidak mahu ia menjadi sebuah memoir yang hanya tertumpu kepada dirinya sehingga menyebabkan pembaca bosan selain faktor dirinya yang tidak menaip tetapi menulis tangan sehingga menyebabkan proses menyiapkan draf mengambil masa. 
Beliau juga menyifatkan penulisan memoir itu seperti menyiapkan versi baru buku kontroversi Malay Dilema yang ditulis pada tahun 1970. 

Menjawab soalan seorang peminatnya dari India mengenai mesej penulisan kepada dunia, beliau berkata ‘orang biasa’ sepertinya mampu melakukan apa saja dengan syarat tidak berputus asa dan terus bangun walaupun terjatuh. 

Beliau yang turut menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘individu yang penuh cabaran’ yang sanggup mencabar sesiapa saja bagi memastikannya dapat menawan Putrajaya. 


petikan