kawan

Friday 22 April 2011

aku fobia dengan "jarum"

bercerita tentang jarum banyak pengalaman mengenainya. adeh semua tak masuk akal kadang-kadang ketawa sendirian memikirkan peristiwa ini. setiap kali aku disuntik ataupun darah nak diambil mulala mata aku pejam serapatnya. apa tidaknya macam-macam aku fikir jarum patah la apala. tapi masa zaman aku budak-budak dulu mesti aku lari bila sebut jarum. jangan harapla aku nak keluar semak kalau selagi nursa tak balik. lain cerita walaupun lembu yang kena cucuk pun aku fobia. yang untung bukan aku tapi nurse juga jimat ubat.
pengalaman terbaru masa dekat hospital Tungku Mizan, sampai 4 orang pengang masa nak ambik darah. mata pejam serapatnya kaki tangan keras macam besi. tapi lepas diambil barula rasa lega. macam mana la nak atasi fobia jarum? keseluruhannya jarum adalah sesuatu benda ngeri dalam hidup. kerana jarum hidupku jadi gelabah tak tahu la macam mana nak hindari. dalam berani pun buat sesuatu benda lain tetapi dengan jarum sabar sahaja la. 

Pengajaran dari cerita setiap kekuatan tu mesti ada je yang lemah, kata orang manusia ni tak sempurna yang sempurna segalanya adalah Allah sahaja. Cerita yang saya tulis ni terlalu santai bahasanya tidak terlalu “skema” maaf ye.


liku-liku terakhir


Sudah lama ku menyepi dari sini. liku-liku terakhir merupakan luahan hatiku disaat terakhir sebelum aku akan meninggalkan Universiti Malaya. sebernarnya aku ingin meluahkan jutaan terima kasih kepada jurulatih dan rakan-rakan yang banyak merubah hidupku disini. kerana aku merasakan liku-liku sepanjang berada disini banyak merubah diriku menjadi seseorang.
Maklumla budak kampung yang tidak pernah keluar dari kepompong melihat dunia luar sepanjang 3 tahun. tetapi banyak menhabiskan hidup menjadi orang kampung. biasala kalau di kampunghidup banyak dihabiskan dengan aktiviti memancing, menjerat, tolong-menolong dan macam-macam kerja la lagi. tapi saya bersyukur bila lahir di sana kerana saya dapat belajar erti Melayu. macam mana adap tetapi ada juga biadap bila diri dicabar. bapa saya banyak mengajar tentang itu. tetapi ibu saya seorang yang tenang biarlah apa orang nak kata tetapi tetap tenang melaksanakan tanggungjawab.
Tetapi ada suatu tahap saya menjadi pembenci kepada masyarakat yang hanya menunding jari. sepanjang 3 tahun berada jauh di perantauan menjadikan diriku berfikir sejenak. saya telah bertekad setelah berada di kampung nanti, saya tidak akan menjadi seperti diriku dahulu yang hanya menjadi pemerhati dan pemendam rasa. segala ilmu yang di timba dari PALAPES dan APM akan digunakan untuk menangkis segala itu.
Untuk adik-adikku nanti tahulah cara untuk memberi semangat. kerana aku telah alaminya sendiri. dari zaman kebodohan yang aku alami di zaman hidupku dan bangaimana aku bangkit dari situ. besar makna " Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan diri sendiri merubahnya". tetapi sesuatu sikap dalam diri perlu ditanam iaitu "percaya kepada diri sendiri" dan guru terbaik adalah dorongan keluarkan. aku amat bersyukur mempunyai seorang kakak yang banyak membantuku ketika aku hilang semangat. tetapi dialah yang membakar kembali diriku. 
kini tanggungjawab membakar itu aku akan pikul kerana kakak telah berkeluarga. walaupun adikku juga terlalu aktif bermain sama sepertiku dahulu. tetapi bagi aku "orang yang skema tak akan maju" kerana penakut lakukan sesuatu dan seorang yang rugi dalam hidup. kerana dari kecil itulah kita kenal akan diri siapa. yang skema akan sering ditipu, bayangkan dia tiada kemahiran bergaul dan cuma menerima saja yang dikata "kan bodoh namanya"

Segala yang ditulis diatas merupakan sesuatu yang tersirat dihati, bukan niatku untuk menyindir atau menyinggung tertapi sekadar nulkilan dari hati yang lama tersimpan.   

Tuesday 19 April 2011

Mencegah kemungkaran secara bijaksana


Oleh Hizbur Rahman

Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat 

MARILAH bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.
Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat. Persoalannya, siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana pula cara untuk mencegahnya? 

Untuk mencubanya, marilah kita fahami dan hayati firman Allah yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar beriman).” (Surah Al-Imran, ayat 110) 

Allah menjelaskan, tugas mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara hinggalah ke alam sejagat. 

Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan isteri dan anaknya. Begitu juga guru terhadap muridnya dan pemimpin terhadap rakyatnya. 
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah At-Tahrim, ayat 6) 

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Umar: “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan di atas setiap apa yang kamu pimpin. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang sudah dipimpinnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Islam menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran supaya dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisan, jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.” 

Berdasarkan kepada ketiga-tiga kaedah berkenaan, adakah kita sudah melaksanakan perintah itu? Justeru, kita patut berusaha ke arah membanteras perbuatan mungkar, di samping menilai kembali berapa banyak kita mengabaikan tugas nahi mungkar. 

Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela, maka bersedialah untuk mendapat bala bencana. Kita perlu ingat dan sedar, apabila bala bencana menimpa, ia tidak mengenal siapa mangsanya. 

Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negara kita? Tepuk dada tanya iman. Sejarah lampau memperlihatkan kepada kita bagaimana akhirnya golongan manusia yang mengabaikan perintah menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran. 

Ibnu Abbas bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun dalamnya ada orang salih? Rasulullah SAW mengatakan, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhaka Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya.” 

Apabila kita diberi tanggungjawab atau mengambil inisiatif untuk mencegah kemungkaran, maka perkara berikut perlu diberikan perhatian antaranya niat atau tujuan adalah kerana Allah bukan untuk mencari kesalahan dan mengaibkan orang lain. 

Perkara mungkar itu adalah perkara yang sudah disepakati ulama dalam menentukan kemungkarannya. 

Tanggungjawab mencegah kemungkaran perlu dibuat sesiapa saja yang berdepan perbuatan mungkar dan perlu mencegahnya dengan kaedah dinyatakan tadi. Ingin saya tegaskan, kita semua perlu mengambil tanggungjawab membanteras kemungkaran. 

Anggaplah ia sebagai tugas utama dan ancaman kepada agama serta negara supaya dapat mengundang rahmat dan keampunan Allah. 

Akhir kalam, marilah bersama renungkan firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71) 

Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis 

Thursday 14 April 2011

belajar menerima hakikat



sebagai manusia kita tak boleh lari daripada melakukan kesalahan. setitik keringat dan air mata merupakan kenangan terindah. dalam menempuh hidup, kita akan terpijak kepada sesuatu kenyataan dan hakikat yang perlu kita terima iaitu kita adalah seperti yang ada sekarang, bukan orang lain. kadang-kadang kita inginkan sesuatu tetapi tidak berupaya mendapatkannya pada masa sekarang. mungkin 5 tahun akan datang mungkin kita akan mencapainya. rezeki telah ditentukan Allah s.w.t namun begitu untuk mendapatkannya kita hendaklah berusaha mencari supaya apa yang dihajati tertunai.

      hakikat enggan biarla bersama enggan, hakikat pipit biarlah bersama pipit. jangan sesekali menyalahkan takdir. belajarlah menjadi diri sendiri yang memiliki falsafah, matlamat. kejarlah apa yang dirasakan mampu diperolehi. sebenarnya tewas seseorang bukan pada orang lain tetapi bayang-bayang. jika rasa kecil jadilah cili padi, jika rasa besar jadilah seperti mentari, jika terasa kerdil jadilah seperti padi. ingatlah jangan sampai diri kita menjadi seperti kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Friday 8 April 2011

sebelum aku pergi

adakah masih ada ruang di hatiku berbisik berapa lamakah aku masih disini. kerana aku belum pasti akan bertemu lagi dengan keadaan diriku yang seperti ini. tapi hidup mesti diteruskan walaupun katanya walaupun esok akan kiamat lakukan tugas ini sebaik mungkin. dapatkah aku mencapai misiku ini, aku berharap agar Allah peliharakan umurku ini. walaupun sakit aku tidak akan menunjukkan pada yang lain. biarlah diri ini sahaja merasainya. 
     mati sebelum ajal, berjuang selagi masih ada hayat. walaupun diri ini dikatakan kurang matang dalam tingkah laku tetapi biarkanlah aku dengan diri ini. kerana jika itu adalah penawar bagiku dalam menengelamkan pedih ini. namun jauh disudut hatiku, sebelum aku pergi ingin sekali daku melihat impianku tertunai dan memberi sedikit senyuman di bibir hati orang tuaku.  aku tidak akan menyerah kerana setiap detik adalah nilai yang perlu dihargai  ya Allah tabahkan hatiku, panjangkan usiaku...