kawan

Wednesday, 23 May 2012

jangan berjanji jika tak mahu tepati

saya ingin bicarakan suatu cerita. mungkin inilah yang patut diluahkan, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang saya temui orang hanya mampu untuk berjanji tetapi sebaliknya tak mampu untuk menepati. dalam zaman yang mengaku ke arah kemodenan tetapi sebenarnya kuno semata-mata. islam telah membawa kita keluar dari zaman kejahilan manusia. tetapi kini saya melihat kemodenan serba-sedikit telah mengembalikan kita ke zaman tersebut. saya amat sedih apabila melihat agama telah di perkotakkan sewenangnya dan membawa belia hanyut begitu sahaja. lihatlaa kini hiburan dijadikan senjata utama menarik belia menghadiri sesuatu majlis.