sebagai manusia kita tak boleh lari daripada melakukan kesalahan. setitik keringat dan air mata merupakan kenangan terindah. dalam menempuh hidup, kita akan terpijak kepada sesuatu kenyataan dan hakikat yang perlu kita terima iaitu kita adalah seperti yang ada sekarang, bukan orang lain. kadang-kadang kita inginkan sesuatu tetapi tidak berupaya mendapatkannya pada masa sekarang. mungkin 5 tahun akan datang mungkin kita akan mencapainya. rezeki telah ditentukan Allah s.w.t namun begitu untuk mendapatkannya kita hendaklah berusaha mencari supaya apa yang dihajati tertunai.
hakikat enggan biarla bersama enggan, hakikat pipit biarlah bersama pipit. jangan sesekali menyalahkan takdir. belajarlah menjadi diri sendiri yang memiliki falsafah, matlamat. kejarlah apa yang dirasakan mampu diperolehi. sebenarnya tewas seseorang bukan pada orang lain tetapi bayang-bayang. jika rasa kecil jadilah cili padi, jika rasa besar jadilah seperti mentari, jika terasa kerdil jadilah seperti padi. ingatlah jangan sampai diri kita menjadi seperti kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.
No comments:
Post a Comment