Masyarakat melayu tani merupakan sebuah masyarakat tertutup dan mempunyai hieraki tegak. Kerana ekonominya berbentuk hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Masyarakat ini merupakan masyarakat melayu feudal dimana rakyat hidup secara ekonomi sara diri dengan hasilnya dimanipulasikan oleh golongan pembesar istana. Unsur terpenting yang boleh dilihat dalam ekonomi ini adalah rakyat dikatakan hidup dalam keadaan “cukup makan” atau sara diri.
Rakyat iaitu masyarakat tani menjalankan aktiviti bercucuk tanam, mencari hasil hutan, menangkap ikan dan lain-lain untuk kegunaan sendiri. Mereka menjalankan aktiviti ini secara kecil-kecilan dimana penggunaan tanah terhad. Masyarakat ini juga menjalankan kegiatan ekonomi bater iaitu system pertukaran barang contohnya 2 ekor ayam ditukarkan dengan seguni beras berasaskan persetujuan bersama. Selain itu terdapat juga masyarakat tani mengerjakan tanah sebagai khimat kepada pembesar dan mengambil sebahagian untuk kegunaan sendiri. Namun demikian terdapat juga petani yang melakukan kerja kepada pembesar semata-mata untuk membayar hutang yang tertungak.
Terdapat juga pembesar yang menjalankan system kerahan iaitu memaksa golongan ini menjalankan pekerjaan tanpa diberi upah. Dasar dibuat pembesar ini menyebabkan golongan petani ini tidak dapat memajukan ekonomi mereka. Selain itu juga dilema pertain pada masa itu juga adalah hasil yang dituai terpaksa diserahkan kepada pembesar sebagai cukai kepala. Sistem cukai ini menyebabkan para petani kehilangan atau kekurangan hasil yang banyak. Didapati juga hanya golongan pembesar sahaja yang terlibat dalam aktiviti perdagangan secara besar-besaran. hal ini kerana golongan tersebut mempunyai modal yang besar untuk menjalankan sistem ekonomi tersebut berbanding dengan golongan petani.
Ciri-ciri yang terdapat dalam ekonomi melayu tradisional ialah penempatan golongan ini biasanya di kawasan tanah yang subur iaitu sesuai untuk aktiviti pertanian. Selain itu kawasan ini juga biasanya di kawasan sungai untuk memudahkan pergerakan dan mendapatkan sumber air dan protein dengan mudah. Bentuk ekonomi seperti yang telah disebutkan berdasarkan sara diri iaitu aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan untuk memenuhi keperluan harian untuk memenuhi keperluan hidup. Selain itu teknologi yang digunakan masyarakat ini adalah terlalu rendah iaitu menggunakan alatan asas seperti cangkul, parang, sampan, kerbau dan lain-lain. Oleh kerana itulah memerlukan tenaga kerja yang ramai biasanya terdiri dari ahli keluarga.
Didapati juga masyarakat tani juga menggunakan tanah secara kecil-kecilan iaitu pertanian dalam skala yang kecil. Jika ada lebihan barang mereka akan menjalankan sistem tukaran barang. Oleh kerana faktor cuaca juga memainkan peranan iaitu bermusim maka pendapatan yang diperolehi adalah tidak tetap. Sebagai contoh golongan nelayan apabila musim tengkujuh mereka tidak dapat turun kelaut kerana ombak yang besar. Begitu juga bertani pada musim hujan mereka tidak dapat bercucuk tanam kerana banjir dan sebagainya.
Kelemahan ekonomi ini jika kita lihat adalah tiada alatan dan peralatan yang canggih seperti sekarang kerana inilah pengeluaran juga berkurang. Masalah lain adalah kekurangan tenaga buruh untuk mengekplotasi sumber yang ada kerana inilah berlaku lebihan sumber kerana tidak dilakukan secara maksimun. Tekanan dari pemerintah iaitu kerja kerahan yang dilakukan memaksa petani menanggung bebanan yang berat kerana hasil yang dikeluarkan itu tepaksa diserahkan kepada pembesar dan menyebabkan hasil itu tidak cukup untuk kehidupan. Perkara inilah yang menyebabkan wujudnya jurang pemisah di antara golongan pembesar dan masyarakat tani.
Kesannya dapat kita lihat iaitu produktiviti golongan petani rendah kerana tiada lebihan hasil. Disini juga kita dapat melihat bahawa kemiskinan rakyat masih di tahap lama tanpa sebarang perubahan. Kerana system ini juga semangat rakyat untuk maju telah hilang dan memaksa mereka untuk terus menjalankan aktiviti tersebut.
No comments:
Post a Comment