kawan

Monday, 26 March 2012

terkeliru

tintaku ingin menulis kembali, sejak sekian lama menyepi dari lamunan shahdu. aku terkeliru takkala masih ada sesuatu pun memanggil untuk membuat sebarang kerja di sektor berkaliber. aku kini kembali seketika menyambung kerja yang pernah ku lakukan dulu. "jangan memilih kerja" kerana kamu akan binasa. alangkah indah segala yang kita impikan menjadi kenyataan. namun ku sedar bahawa pencipta belum munculkan ruang yang dapat merubah hidup ku. selagi mimpi tak menjadi nyata, selagi itulah diri dibelenggu keresahan .
“ya Allah bantulah daku dalam mencari jalan petunjukmu”
Itulah luhahan hatiku takkala memikirkan hala tuju selepas ini. Semoga ianya baik, niatku adalah untuk mencapai impian yang penuh keberkatan. Bagaimana aku ingin merubahnya kerana jalan bersinar belum lagi ku temui. Hidup dalam keresahan mujurlah doa dan ombak telah menjadi penenang jiwaku kini. Tapi akan ku cuba mencari. Berharap agar waktu pencari disinkatkan. Amin………….

Friday, 23 March 2012

tiada yang tua siapa kita

dalam kehidupan persoalan yang ingin dikongsi melainkan sebuah generasi suatu ketika dahulu memberi khidmat bakti. bakti berkaitan dengan apa yang telah diberikan kepada generasi sekarang sehingga mencapai kerjayaan. namun hakikatnya segala usaha mereka tidak dihargai sepenuhnya kerana dibiarkan menjalani kehidupan penuh kekurangan dalam usia senja. jawapan yang diberikan adalah mudah iaitu sibuk dengan pekerjaan. saya melihat fenomena ini telah menjadi virus massa kerana nilai-nilai baik yang diberi telah hilang.