kawan

Monday, 26 March 2012

terkeliru

tintaku ingin menulis kembali, sejak sekian lama menyepi dari lamunan shahdu. aku terkeliru takkala masih ada sesuatu pun memanggil untuk membuat sebarang kerja di sektor berkaliber. aku kini kembali seketika menyambung kerja yang pernah ku lakukan dulu. "jangan memilih kerja" kerana kamu akan binasa. alangkah indah segala yang kita impikan menjadi kenyataan. namun ku sedar bahawa pencipta belum munculkan ruang yang dapat merubah hidup ku. selagi mimpi tak menjadi nyata, selagi itulah diri dibelenggu keresahan .
“ya Allah bantulah daku dalam mencari jalan petunjukmu”
Itulah luhahan hatiku takkala memikirkan hala tuju selepas ini. Semoga ianya baik, niatku adalah untuk mencapai impian yang penuh keberkatan. Bagaimana aku ingin merubahnya kerana jalan bersinar belum lagi ku temui. Hidup dalam keresahan mujurlah doa dan ombak telah menjadi penenang jiwaku kini. Tapi akan ku cuba mencari. Berharap agar waktu pencari disinkatkan. Amin………….

No comments:

Post a Comment