kawan

Monday, 13 August 2012

aku bercerita kosong - kosong


Tak tahu nak kata apa sebenarnya, pekara pertama nak kata zaman remaja ni indah banyak pancaroba. Kalau silap pilih jalan kita akan tersesat juga. Namun dalam hal ni nak dikatakan aku masih penggangur sebab belum ada pekerjaan yang dibuat menjamin masa depan. Sebenarnya aku ini minat dalam bidang penulisan tapi belum tahu dimana nak mula. Nak sambung cerita kerja sekarang aku ialah kerja orang kampung buat mengail, penoreh, dan lain-lain. Kata orang Cuma cukup tanggung diri sahaja. Suatu masa memang hijrah juga aku ni azam lepas raya.

Kedua nak cerita ialah memang cinta itu memberi kesan mendalam pada seseorang macam-macam yang  terjadi. Tapi orang kata tula yang matangkan usia. Tapi ada juga cinta ni dalam diam, tak tahu kenapa sampai sekarang masih tersimpan cinta ni. Sebab dia saya pilih ialah mempunyai ciri islamik lasak dan juga seorang yang berani buat sesuatu. Kalau selidik dia suka kucing dan kanak-kanak. Aku cuba luahkan tapi dia macam tak sudi terima. Aku ni sebenarnya penakut pada perempuan nak cakap pun segan. Setiap kali online memang saya tengok gambar dia. Boleh setiap hari istikarah supaya dapat petunjuk dan moga ada jodohku. Tapi tak nampak-nampak. Biarlah takdir menentukan.

Cerita ketiga. Fenomena biasa bila tiba ramadan memang sah terawih luar biasa ramainya. Bila akhir tak tahula mana perginya. Tapi memang best  tazkirah agama kat kaca segi empat ni.

Sampai sini dulu la cerita dulu banyak lagi nak nukil dalam ni. Tapi tiada kerajinan nak menulis lain masa la bila rajin ni mari plok.....

No comments:

Post a Comment