kawan

Thursday, 3 March 2011

buat yang menyakitkan hati


         sedarkah anda bahawa yang anda kata tentang diri seorang setelah satu tragedi amat menyakitkan hati. apa tidaknya bermacam andaian anda berikan siap dengan tokok tambah lagi. ingatlah satu yang kita tunding pada seseorang 4 jari akan membalasnya. saya umpamakan bahawa sesuatu yang dikabarkan ' umpama angin yang bertiup dan agin itu akan sentiasa bergerak sehinggalah kesasaran' maksudnya jika seseorang itu mengumpat seseorang maka suatu masa akan sampai jua ke tangan individu yang dimaksudkan. 

Hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap
kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil
dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan
sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


               Mengapa perlu diungkit perkara lepas dan memburukan seseorang atas kesilapan yang pernah dilakukan dulu. Manusia memang tidak lari dari kesilapan kerana dalam menempuh asam kehidupan manusia perlukan pembelajaran. ingatlah segala yang kita lalui di dunia sememang telah tersurat dalam kamus kehidupan seorang manusia. Kita diuji sebegitu supaya sentiasa ingat kepada yang esa. Mungkin semasa senang kita lupa padanya, setelah diuji baharulah kita ingat padanya.

No comments:

Post a Comment