kucing merupakan haiwan kesukaan manusia, bukan kerana sifatnya sahaja yang manja. tapi kucing juga adalah penghibur jiwa. melihat telatahnya kita boleh ketawa riang. namun begitu ada juga yang tidak menyukai kucing kerana suka kencing dimerata-rata. tapi sebenarnya kucing juga boleh di didik dan dilatih seperti yang diingini. ingatlah bahawa berbuat baik kepada haiwan besar pahalanya dan haiwan tersebut akan turut mendoakan tuan juga pepatah melayu juga pernah menyebut tentang kucing iaitu berbunyi.
dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
mana nak sama si adik sorang
pantun diatas juga mengambarkan kucing sebagai haiwan yang comel, cantik dan sebagainya. mana mungkin kalau sesuatu haiwan yang tak disukai di letakan tarafnya sebagai yang terbaik. dalam pantun kata kucing itu dijadikan sebagai pembayang dan disamakan dengan manusia dalam pantun tersebut.
No comments:
Post a Comment