perjalanan melingkari senja hidupku
dari titian dahulunya sesempit
kini terbentang seadanya
dulu kejian makanan bagiku
terfikir sejenak adanya manusia sebegitu
cuma pandai berkata tak terlaksana
cuma seorang insan itu laksanakan janjinya
sedangkan dia tidak tinggi pengajian
tetap tinggi ilmunya
tabahmu menjadi penawar
walaupun racun dicurahkan
aku ingin jadi sepertimu
tabah segala
kau menjaga insan itu ikhlas
walaupun dituduh pencuri
aku tahu siapa dirimu
kerana ada aku ketika itu
doaku untukmu moga kau tekal segala
amin
No comments:
Post a Comment