kawan

Tuesday 3 May 2011

KUASA MINDA 'sekadar fakta'





Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang berada dalam diri setiap manusia. Ia memang bersedia sejak kita dilahirkan. Kajian dan penggunaan ilmu sudah dibuat sejak lebih 5000 tahun lalu. Orang Greek, Arab, Jepun, China, India telah lama mempraktikkan ilmu ini. Cuma nama sahaja yang berbeza. Masyarakat India mengenali sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki. Tenaga ini merupakan penggerak kepada Kardiofascular kita. Ia merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di alam kosmik akan memberi kesan yang cukup hebat kepada seseorang itu. Kajian sains menunjukkan bukti-bukti yang cukup hebat tentang tenaga ini di dalam tubuh manusia dan juga di sekeliling tubuh manusia.
Seorang saintis Rusia iaitu Prof. Konstantin Korotkov telah menemui gambar melalui kaedah Ultra Sensitif dan mendapati terdapat radius tenaga di sekitar badan manusia dengan pelbagai warna. Ruang tenaga tersebut disebut Aura. Kaedahnya ialah dengan menggunakan satu sistem elektrod yang menghasilakan satu medan eletrik yang kuat disekeliling objek kajian. Ini akan menghasilkan satu pelepasan gas (gas discharge) yang jelas kelihatan dan boleh diukur. Ketepatannya menghasilkan kesan yang sama berulangkali bila diuji. 
Kajian juga menunjukkan bahawa aura seseorang itu berbeza – beza dan ia juga berbeza dalam suasana seseorang itu, sama ada ia berkeadaan relaks, emosi atau tidur. Ruang aura ini mengandungi jasad yang halus dengan potensi potensi tenaga mereka dan memberi kekuatan kepada seseorang itu. Ia berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada keadaan fizikal dan pemikiran seseorang itu. Bagi seseorang yang berfikiran positif tenaga ini mungkin lebih tinggi atau lebih tebal berbanding orang yang mempunyai fikiran negatif. Sebenarnya tenaga mempunyai manfaat yang sungguh besar. Bagaimana manusia menggunakan dan mengolah ilmu ini, itu yang menjadi persoalan dan kita akan pelajari nanti. 
           Medan tenaga yang ujud pada setiap benda hidup telah dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik melalui penciptaan sejenis kamera yang dipanggil GVD(Gas Discharge Visualization) yang menggunakan teknologi dalam bidang optik, matriks TV digital, dan pemerosesan imej dengan komputer. Alat ini memberi peluang kepada penyelidik untuk mengkaji aura manusia dengan lebih mudah. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Kerana sejak kita dilahirkan kuasa minda atau lebih dikenali sebagai tenaga dalaman memang sudah sedia ada, cuma kita tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai ilmu untuk mengolah dan menggunakannya.
Kesimpulannya diri manusia sememangnya mempunyai kuasa atau tenaga yang cukup kuat bahkan setiap diri manusia itu, boleh membina tenaga minda dan fizikal melalui latihan-latihan tertentu. Untuk mencorak kehidupan, peranan kekuatan minda ini amat penting. Tetapi persoalannya ialah bagaimana manusia menggunakan potensi yang hebat tersebut untuk membina kejayaan dalam hidupnya. Sebab itu Tuhan menganugerahkan kita kekuatan dalaman yang memang sudah siap sedia untuk digunakan. Manusia yang berjaya ialah manusia yang bijak menggunakan mindanya dan memikirkan tentang kejayaan.


No comments:

Post a Comment