kawan

Monday 2 May 2011

"exam" antara demam dan perjuangan

Semoga Allah memberi kerjayaan kepada hambanya. dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar kita akan melalui segala macam ujian sebelum kita di iktiraf mendapatkannya. namun begitu dalam mengharunginya setiap pelajar menpunyai cara yang tersendiri mengikut keselesaan masing-masing. Sebenarnya kita tidak harus memandang rendah kepada seseorang bagaimana cara dia mengulangkaji perkara yang telah diajarkan. hal ini kerana penulis sendiri telah merasai pengalaman iaitu seorang kawan yang begitu cemerlang dalam peperiksaannya sedangkan penulis tidak pernah melihat masa dia mengulangkaji. Kebanyakkan masanya dihabiskan untuk bermain dan membaca komik.
Kata orang setiap manusia memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing yang harus diakui oleh setiap manusia. Nabi s.a.w pernah menyeru umatnya agar mencari ilmu sampai ke liang lahad. Walaupun suatu ketika kita akan menhabiskan pengajian di dunia sehingga peroleh ijazah atau doktor falsafah tidak semestinya kita habis setakat itu sahaja kerana ilmu itu luas. Kita mungkin mendapat ilmu “A” sahaja tidak semestinya kita mahir tentang ilmu ‘B’. Ilmu A dan B yang dimaksudkan adalah mungkin kita pakar dalam sesuatu ilmu sahaja tidak semestinya pada ilmu yang lain.  Sebenarnya, ilmu yang ditimba adalah bersifat sepanjang hayat dan diperolehi secara langsung dan tidak langsung.
Antara deman dan perjuangan sebenarnya masing-masing bersifat sejajar. ‘Demam’ di sini membawa maksud fobia atau perasaan gementar dalam diri yang harus cuba dilawan oleh pelajarnya dalam menghadapi saat yang sebenar. Demam bukan ertinya sakit tetapi merupakan perasaan semulajadi yang sedia wujud dalam diri. Manakala, Perjuangan adalah murupakan tindakan dan strategi yang perlu di bina bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Antara demam dan perjuangan adalah suatu perkara yang sejajar. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk diharungi bukan di biarkan ia terus menguasai diri.
Tetapi walaupun demikian sudah pastilah segalanya kita berserah pada yang berkuasa kerana manusia Cuma merancang tetapi Allah sahaja penentunya. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kesejahteraan oleh-Nya dalam saat genting ini. ‘Amin’



1 comment: