kawan

Tuesday 22 February 2011

Aku seorang profeser



Keheningan fajar itu mengingatkan Farid kembali tentang sejarah bonda yang saban waktu bangun untuk menyiapkan sarapan dan bapa yang tiga hari lalu tak pulang kerana kerja buruh yang jauh disana, ketika itu aku masih bersekolah di darjah enam.
            Ketika disekolah itulah aku teringat tentang suara sumbang jiranku berkata “ tak payahlah engkau mah hantar Farid ke sekolah buang masa je? Dia tu dah la bodoh, nakal, tak dengar kata pula tu”  itulah perkataan pertama yang terdengar di telinganya.
Namun ketika itu Farid masih tertanya-tanya pada dirinya mampukah dia terus belajar.
pada waktu malam pula ketika orang lain sedang sibut dengan kelas tambahan, Farid masih terkial-kial belajar mengeja dengan abangnya.
            Farid mengerti bukan dia saja yang tidak dapat ke kelas tambahan malah abangnya pun sama, dia mengerti kerana kemiskinan puncanya. Namun dalam hatinya masih bersyukur kerana bapanya walaupun tidak tinggi ilmu agamanya tetapi sering menasihati anak-anaknya supaya bersabar. Seingat Farid pesanan bapanya yang sering dipegang ialah “ biar orang benci kita, asal Allah menyanyangi.
            Pada 10 0gos  keputusan Ujian percapaian sekolah rendah diumunkan dan farid mendapat keputusan kurang memberansangkan, di situlah sekali lagi makcik joyah dengan nada selamba mengeluarkan kata-katanya “ itulah kau mah aku bilang tak percaya yang Farid ni bodoh kalau belajar pun bukan pandai macam anak aku”. Mulai dari itu lah Farid mulai benci dengan jirannya. Tetapi dalam masa yang sama Farid menanam azam dan berkata dalam hatinya “tak apa mungkin inilah kali terakhir aku gagal, kerana Allah ada bersama”.
            Ketika Farid berada di tingkatan satu farid sekali lagi teruji, takkala abang kesayangannya terpaksa behenti sekolah ketika ingin jejak kaki di tingkatan empat kerana masalah kewangan yang dihadapi. Pada masa yang sama Farid menitiskan air mata mengenangkan nasib abangnya itu, Farid tahu yang abangnya berkorban untuk adik-adiknya yang tujuh orang lagi. Dalam hati Farid berkata “manalah jiran-jiran, saudara mara, dan ketua kampung yang tidak menolongnya”. Dari situ, bermulalah kerjaya baru abangnya iaitu menolong bapanya sebagai buruh dan ibunya masih sama dengan pekerjaan sebagai suri rumah serta bertani di sekitar rumah.
            Ketika Farid sedang menonton televisyen lama pemberian ihsan kawan bapanya, dia sangat kagum dengan ucapan seorang Profesor  dari sebuah Universiti ternama negara. Dari situlah beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang Profeser? Pada keesokan paginya Farid pergi menolong abangnya mengambil upah mengutip kelapa untuk dikopek. Ketika sedang berehat, farid mendengar abangnya berkata “Farid belajar rajin-rajin, jangan jadi macam abang tak ada masa depan”. Farid sekadar mengangguk’ dan abangnya berkata lagi “ selagi abang masih ada dan mampu menyara Farid dan adik-adik buatlah yang terbaik”.
            Farid dalam dilema? Kata-kata kesat jiran-jiran yang sejak dahulu masih berkumandang ditelinga dan ditambah dengan kesempitan hidup berlegar dalam fikiran. namun kata-kata penghinaan itulah sebenarnya yang sebenarnya telah merangsang semangat farid untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh di tambah dengan kata-kata semangat dari keluarganya.
           
Tanggal lima belas Disember keputusan peperiksaan Menengah Rendah diumunkan Farid telah menyambutnya dengan tagisan. Bukan kerana kecewa tetapi terlampau gembira dengan keputusannya. Kerana itulah pada hari tersebut Farid dikelilingi orang ramai untuk mengucapkan tahniah.
Ketika sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah, tiba-tiba dia dihampiri seseorang ? Rupa-rupanya kawannya Amin yang sudah lama tidak  berjumpa, sambil tersenyum-senyum Amin mehulurkan jam tangan sebagai hadiah. dalam berbualan itu Amin menyatakan kekecewaannya kerana beliau tidak mendapat keputusan cemerlang. Seperti yang dijangka, jirannya makcik joyah masih tidak berubah dengan mulutnya itu dengan berkata “ Mah tengok anak ko Farid, kan aku dah kata belajar macam mana pun tidak cerdiknya”. Farid tersenyum-senyum sambil memandang mak cik Joyah.
Tanpa menghiraukan mak cik Joyah, Farid meluru ke arah tempat bapa dan abangnya berehat di bawah sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya. Farid memeluk erat kedua-duanya sambil berlinangan air mata kejayaan.
Deruman enjin motor kapcai telah mengejutkan mak Mah yang sedang asyik meraut lidi kelapa, dia memandang ke arah muka posmen itu sambil tersenyum lebar. tanpa segan posmen menghulurkan sekeping surat kepada mak mah dah berlalu pergi.
Selang beberapa jam kemudian Farid pulang dari mengail ikan, dan mak Mah masih tekun meraut lidi. Dengan suara lembut mak Mah meminta Farid membacakan surat tadi, maklumla ibunya tidak tahu membaca. Dalam surat itu Farid ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh.

Tibalah hari dinantikan dalam ribuan manusia pada hari itu Farid merupakan diantara insan bertuah dapat melanjutkan pelajaran disitu. Farid memandang sekeliling kerana merasai pandangan-pandangan liar yang memerhatikannya. Ternyata ianya benar, di bangku berhampiran tiada kelihatan seorang pun disitu. Dalam hatinya berkata “hinakah aku yang miskin ini”.  Abangnya mengosok-gosok belakang kerana mengerti situasi adiknya itu. Dalam lamunan itu Farid tersedar apabila namanya di sebut oleh seorang guru yang bertugas.
Farid menyerahkan beberapa dokumen penting yang diperlukan, dalam masa yang sama abangnya meminta penanguhan bayaran, apabila semuanya selesai abangnya meminta izin untuk pulang. Dengan parasaan tenang dia merelakan pemergian abangnya.
Pada keesokan harinya jelingan tajam sering memandangnya  di perhimpunan, sambil orang di kiri kanannya membisikkan sesuatu, ada yang ketawa dan tidak kurang dengan kata-kata sinis “ha tu dia budak kampung, dah la selekeh baju buruk pula tu”. Dalam kelas Farid kelihatan murung tanpa menhiraukan rakan-rakan sekelilingnya.
Pemerhatian Farid kemudian tertumpu di suatu sudut, matanya terarah kepada bunyi  tapak kasut, muncul kelibat seorang insan bergelar guru berhampiran meja buruk itu. Ternyata kasut tersebut merupakan bunyi tapak kasut cikgu tadi. Jelingan tajam mata cikgu tua tepat kearah Farid kerana mungkin perwatakan tidak seceria yang lain, mungkin juga kerana bajunya yang lusuh itu menarik perhatian cikgu?

Deringan loceng menandakan waktu rehat, Farid menyeluk saku poketnya kelihatan sedikit gelisah, rakan-rakan lain bergegas keluar dari kelas, Farid sahaja yang masih setia di bangku kerusi, ketika sedang asyik duduk dia sekali lagi sedikit terkejut dengan bunyi tapak kasut yang sama semasa  seminggu lepas, ternyata anggapannya benar seorang cikgu tua itu. Kedengaran suara serak basah memanggil namanya “farid datang sini kejap mari ikut cikgu ke pejabat”. Dalam seribu persoalan Farid melangkah kakinya perlahan, hatinya berkata “untuk apa aku dipanggil”. Selang beberapa minit sampailah ke pejabat yang luntur itu.
Farid dihulur sekeping kertas bewarna kuning oleh cikgu tua itu. Namanya tersenarai di tempat teratas sebagai penghutang, kepala sedikit tunduk kebawah dengan muka kemerah-merahan, cikgu tua itu memandang tepat ke arah mukanya seolah-olah memahami apa yang tersirat di hati Farid? Cikgu tua itu berkata “ cikgu tahu apa yang kamu alami sekarang, kerana cikgu dulu pernah berada di tempat kamu”
Setelah hampir setengah jam Farid dibenarkan masuk ke dalam kelas untuk menyambung kelas berikutnya.
Pada hari minggu Farid dikunjungi oleh orang tuanya, kecerian di wajah Farid tidak dapat digambarkan kerana rindu akan keluarga sedikit terubat, dalam waktu sama Farid diberi sedikit buah tangan dan wang saku untuk dibelanjakan. Sedang seronok berbual Farid bertanya “mana abang?” kerana lama tidak bertemu, perasaan gelisah menyelubungi orang tuanya untuk menjawab pertayaan itu, namun mak mah menggagahkan perasaan menjawabnya  “abang kamu sakit, dihempak konkrik”.
Farid tergaman seketika? Dengan suara tergagap-gagap beliau dengan nada yang sedikit sayu dia sedikit terkilan mengenai kejadian menimpa abang kesayangannya itu. Ibunya cuba menenangkan jiwa anaknya yang sedang bergemuruh itu. Sambil mengusap-usap kepala anaknya ibunya cuba menenangkan jiwa anaknya itu.
Selang beberapa minggu Farid yang ketika itu sedang kusyuk belajar, tiba-tiba dikejutkan pengumuman dari pejabat sekolah, memintanya segera ke sana. Tiba di pejabat beliau sedikit terkejut dengan kehadiran pak cik Jusoh yang kelihatan sedang duduk di kerusi pejabat dengan wajah yang lesu.
Farid sekali lagi teruji dengan hampir pengsan, sebak, dan bercampur dengan linangan air mata. Pak cik Jusoh dengan erat memeluk anak saudaranya, kesabaran Farid yang selama ini ketal hampir runtuh apabila dikabarkan dengan berita kematian abang kesayangannya itu.
Dengan keizinan pegetua, Farid dibawa pulang kerumah, tiba dirumah tanpa menhiraukan jiran tetangga berada di situ. Dia sekuat hati berlari meluru masuk ke dalam rumah mencari sekujur tubuh yang sedang kaku itu. abangnya umpama ayah kedua baginya, dikala dicaci dan dihina jirannya abangnya itulah yang menjadi penawar duka baginya, gurunya ketika orang lain sibut ke tuisyen, pengorbanan membantu ibubapa untuk tujuh adiknya tak disia-siakan, dan dikenang hingga akhir hayat.


Keputusan perperiksaan akhir tahun diumumkan,  Farid ketika itu kelihatan sedikit merosot dari sebelumnya, akibat daripada kematian abangnya. Kotak fikirannya hanya berfikir tentang nasib enam orang adiknya yang lain, kini tugas tersebut mesti dipikul olehnya sebagai abang yang paling tua.
Sambil termenung panjang di katilnya, Farid kemudiannya teringat tentang sekeping surat yang diberi oleh ibunya selepas seminggu kematian abangnya. Tanpa berlengah dia mengambil surat pemberian abangnya itu dalamnya tertera.
‘Asalamualaikun adikku Farid, setelah adik membaca surat ini mungkin abang tiada lagi di dunia ini. Tetapi abang berharap semoga Farid dapat meneruskan cita-cita Farid untuk menjadi seorang profesor. Abang tahu adik kini sudah matang dan boleh berdikari sendiri. Jangan jadi seperti abang membanting tulang di tengah panas matahari tetapi pendapatan tak seberapa. Setelah beberapa tahun abang berkerja alhamdullilah abang ada menyimpan wang untuk Farid dan adik-adik meneruskan pelajaran, abang berharap setelah ketiadaan abang ini, Farid jagalah mak, ayah dan adik-adik yang penting teruskan berusaha mencapai cita-cita menjadi seorang profesor.”
Tanpa disedari air mutiara jernih membasahi pipinya, bermula dari situlah pewatakan Farid mulai berubah, pelajaran agama yang ditimbanya di sekolah banyak membantu memberi motiwasi kepada dirinya. Warkah terakhir dari abangnya itu, terus tersimpan sebagai azimat di masa hadapan. Semangat juang abangnya dalam hidup telah menyerap masuk ke dalam jiwa Farid. Walaupun abangnya tidak tinggi dalam pelajaran. Namun semangat kental, aklak dan ketaatan abangnya menjadi falsafah dalam hidupnya.
Tibalah hari  yang ditunggu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, nama Farid menjadi sebutan dikalangan guru dan rakan-rakannya yang lain, seorang anak buruh yang dahulunya di pandang sinis, dicaci, dan dihina oleh orang kampung kini menjadi masyur namanya. Farid dikelilingi oleh rakannya yang dahulu sering memandang rendah kepadanya mengucapkan tahniah. Namun begitu jauh disudut hati kecilnya mengucapkan syukur kepada-Nya kerana memberi kejayaan padanya. Namun sedikit terkilan dihati kerana kejayaan tersebut tidak dapat dikongsi dengan abangnya. Cuma yang mampu diberikan adalah berdoa sahaja.
Dengan keputusan tersebut Farid mendapat penajaan biasiswa dari kerajaan untuk menyambung pelajaran di University of Cambridge, United Kingdom. Kejayaan tersebut juga telah membuka mata banyak pihak untuk membantu keluarganya yang sebelum ini dipinggirkan masyarakat. Farid juga terfikir tentang pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Berkat kesabaran yang selama ini membuahkan hasil kemudiannya, dia menyatakan pada dirinya “semua ini adalah berkat pengorbanan seorang bapa, ibu, dan abangnya kerananya aku mungkin tidak seperti sekarang” bisik hatinya?


            Termenung jauh di sebalik tingkap ruang biliknya Farid kini telah bergelar seorang tenaga pengajar yang disengani di sebuah universiti , sebut sahaja Profesor Farid tentu sahaja membuatkan pelajarnya meremang bulu roma, apa tidaknya dia merupakan seorang Profesor yang lantang berkata-kata, setiap katanya itu mahal harganya?
Farid pulang ke kampung tercinta? tempat yang banyak tertulis baginya sejarah kehidupan, tempat bermulanya perjuangan, dan tempat yang telah telah menjadi neraka baginya. Apabila turun dari kereta seperti biasa dia teringat akan mak cik Joyah tetang mulut bisingnya itu.
Setelah beberapa hari di kampung mak cik Joyah muncul di hadapan rumah, setelah salam dijawab farid menjemputnya naik. Dalam perbualan mak cik Joyah meminta maaf atas umpat kejinya selama ini, di hatinya farid memanjatkan syukur kerana doanya selama ini termakbul di samping redha dengan ketentuannya.
Farid sekali lagi teringat akan abangnya dan warkah terakhir tinggalannya, sekali lagi linangan air mata kerahmatan membasahi pipinya. Di hatinya beliau amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana amanat abangnya tertunai jua dan kini enam orang adiknya telah berjaya dan ada yang masih menyambung pengajian. Ibu bapanya baru sahaja balik dari Baitullah menunaikan rukun Islam kelima. Namun yang paling membanggakan Farid adalah  “aku seorang Profesor” bisik hatinya.













No comments:

Post a Comment