kawan

Friday 18 February 2011

nasib bahasa kita

malang sungguh kita hari ini telah ketinggalan nampaknya dalam isu bahasa. dari sini saya ingin mengimbas keagungan sesuatu masyarakat kerana bahasa mereka dijadikan wardah keilmuan. kita lihatlah bahasa jepun telah melongjak namanya kerana bahasanya sehingga menjadi kuasa dunia perniagaan. di era kesultanan Melayu Melaka kita dapat melihat martabat bahasa telah menjadikannya sebuah empayar yang hebat. dimana hilangnya nilai tersebut di mata mereka yang menidakkan penggunaannya. kita melihat di zaman menuntut merdeka. bahasa Melayu merupakan wardah semangat nasionalisme di kalangan generasi muda. siapa tak mengenali hamzah fansuri yang membawa pulang ilmunya dari luar untuk dikembangkan dalam pemikiran generasi muda. jangan sesekali bahasa kolonel yang dulu telah menegelamkan peranan bahasa Melayu ingin diwarisi lagi. sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa. tapi amat malang sejarah yang menjadi guru adalah sebuah sejarah mimpi yang hanya manis dibibir. sedangkan 50 tahun lebih kita merdeka tapi pemikiran kita masih bersama penjajah. kita agungkan benda yang tak pasti. tetapi bahasa Melayu yang telah pasti dianaktirikan di bumi sendiri.

No comments:

Post a Comment