kawan

Monday 28 February 2011

himpunan DOA









Kasih Sayang Mengikut Bulan KeLahiran





Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –
Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam  persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja
OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang  lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.
OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani,  pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai  muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

dipetik: http://ntvirus.wordpress.com/kasih-sayang-mengikut-bulan-kelahiran/

Sunday 27 February 2011

Manusia yang Berjaya adalah pelajar kepada kegagalan terdahulu


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Kegagalan bukan bermakna bahawa anda belum Berjaya tetapi merupakan cetusan sebelum berjaya.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang pengagal selamanya dengan putus asa. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa dan sebenarnya anda telah mempelajari sesuatu.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting kerana tindakbalas terhadap kesilapan itu akan buatkan anda lebih berusaha. Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
 Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan". Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang. Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut! Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!! Tiada siapa yang berhak mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana. Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
 Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas
anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu. Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan. Terseradung bukannya terjatuh.
Sekiranya diri diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak. Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini kerana sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka peti. Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki. Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya. Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
 Pada analoginya, sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu. Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba. Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi. Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar. Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

bulan perindu

dahulu kau adalah bintang perindu
bulan mencahayai kamu dengan harapan
namun kau telah memalapkan cahayamu kerana mentari
yang lebih kau rindukan

sang pelangi muncul selepas hujan
takkala derita lama terpadam
pelangi yang mengenal erti kehidupan
dengan warna yang memukau

aku umpama pungguk
 hanya memanggil bulan
dulu aku pernah menjadi bintang
berkongsi hidup dengan sang bulan

tapi sesuatu yang pahit telah ditelan
menjadi penawar kehidupan
al-Kitab madu tak terbilang
aman sentosa jiwa tenang

 bulan perindu cahaya iman
bintang itu kekasih Tuhan
pungguk adalah ketaqwaan
pelangi asam kehidupan

sepak takraw

Pendahuluan


Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka., selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga mengemari permainan ini. Dalam buku sejarah Melayu (bab 18) ada menyebut mengenai permainan ini iaitu Tun Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak kepada sultan Mansor syah, kerana bola raga sepakan Tun Besar terkena destar Raja Muhamad sehingga  terjatuh ke tanah. permainan sepak raga ini dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada pemulaan dimainkan di kawasan lapang   oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu.
Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola. Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik. Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah dipersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya lebih diterima diperingkat antarabangsa. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'.


Perkembangan semasa
Pada dasarnya sukan sepak raga telah mengalami perubahan dari segi permainan bulatan ke permainan berjaring. Versi baru ini dimainkan oleh enam orang permain dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat awal tiada peraturan khusus dan hanya undang-undang mulut diperkenalkan.
 Peraturan awal dicetuskan oleh beberapa orang penduduk pulau pinang dan telah berusaha menubuhkan sebuah badan di peringkat negeri dan persekutuan. Pelapor utama sukan ini telah membuat persembahan  di pulau pinang. Dari situlah merebaknya sukan ini, pertandingan sepak raga jaring pertama diadakan seluruh pasukan pulau pinang untuk merebut piala Tuan S.M Idid dan sebanyak 36 regu pasukan meyertainya. Setelah mendapat  sambutan mengalakkan sepak raga jaring diperkenalkan di negeri-negeri lain. Perlawanan pertama di antara negeri diadakan pada November 1946 di antara pulau pinang dan Kedah.
                          
Kenapa Sepak Takraw popular?
Sesuatu menjadi popular sudah semestinya ada penyebabnya.  Sesuatu menjadi popular kerana terdapat faktor-faktor yang menjadi penarik kepada masyarakat untuk meminati dan menjadi penyokong sesuatu budaya.  Sepak Takraw mempunyai faktor-faktor tersendiri hingga sukan ini mampu diangkat menjadi budaya popular dan dapat dikormesialkan menjadi suatu bentuk perdagangan yang disebut ‘Industri Budaya’. 

   Pertama sekali kita lihat dari segi nilai wang atau ganjaran yang ditawarkan dalam sukan sepak takraw.  Nilai wang merupakan salah satu aspek yang menentukan populariti sukan sepak takraw.  Aspek ini lebih menjurus kepada penglibatan individu secara aktif dalam sukan ini iaitu menjadi seorang atlit sepak takraw.   Penglibatan golongan atlit atau peserta yang menyertai sukan sepak takraw kian bertambah atas dasar memenangi wang yang dipertandingkan dan pada masa yang sama untuk mengharumkan nama diri, keluarga dan Negara di peringkat nasional dan antarabangsa.  Penyertaan dan penganjuran sukan sepak takraw juga merupakan  salah satu cabang dalam industri budaya.  
Kedua, populariti sepak takraw meningkat atas dasar seni permainan itu sendiri.  Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis gaya pukulan atau libasan yang telah  diperkenalkan misalnya libasan gulung, libasan maut, libasan gunting, tekong kuda dan sebagainya.  Kemahiran yang terdapat dalam kalangan pemain sepak takraw inilah yang menarik perhatian golongan masyarakat untuk menjadi peminat kepada sukan sepak takraw ini.  Situasi atau kemahiran yang terdapat pada pemain  melahirkan rasa kagum kepada peminat bagaimana pemain sepak takraw mampu melakukan aksi sedemikian yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.




industri budaya dan teknologi budaya dalam sepak takraw
Add caption
Industri budaya dan teknologi budaya adalah dua perkara yang berkait rapat.  Teknologi budaya memperlihatkan bagaimana bidang teknologi diaplikasikan dalam unsur budaya untuk menghasilkan sesuatu menjadi industri budaya. Dalam Sepak Takraw misalnya, pada zaman dahulu masyarakat Melayu menghasilkan peralatan bermain secara manual seperti menganyam rotan untuk menghasilkan bola dan memintal tali-tali untuk dijadikan jarring. Semua itu merupakan suatu bentuk budaya dalam masyarakat dahulu Sekarang perkembangan teknologi mengambil alih semua ini.  Peralatan Sepak Takraw dihasilkan dengan mesin yang memudahkan pekerjaan disamping menghasilkan peralatan permaianan yang baru dan lebih efektif.  Sebagai contoh, penghasilan bola takraw daripada bahan sintetik yang kurang mendatangkan kecederaan berbanding bola yang lama yang diperbuat daripada rotan dan inilah yang dikenali sebagai teknologi dalam budaya.  Selain itu pelbagai bentuk kemudahan telah disediakan kepada peserta dan peminat untuk keselesaan misalnya stadium dan gelanggang yang lebih moden dan teratur.  
Teknologi budaya juga memainkan peranan penting kepada wujudnya industri budaya. Apabila ada teknologi sudah semestinya ada organisasi atau syarikat yang menguruskan peralatan teknologi yang digunakan dan pada masa yang sama menghasilkan peralatan sepak takraw. Ini semestinya memerlukan tenaga kerja yang banyak sekaligus memberi peluang perkerjaan kepada masyarakat. Melalui kejohanan-kejohanan yang dianjurkan dalam negara banyak peserta dari luar datang dan ini menyumbang kepada ekonomi negara melalui prospek penganjuran sukan seperti sepak takraw.

Masa depan sukan sepak takraw
Pada masa ini terdapat pelbagai kejohanan antarabangsa yang menyelitkan sepak takraw sebagai sukan utama misalnya Sukan Komanwel, Sukan Sea, Sukan Asia, Piala Emas Raja Thai dan lain-lain.  Ini menunjukkan bahawa sepak takraw mula mendapat perhatian diperingkat antarabangsa misalnya penyertaan dari negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia dan lain-lain yang dahulunya tidak tahu mengenai sukan ini.  Penyertaan dari golongan wanita dalam sukan sepak takraw juga dapat dilihat dalam kejohanan besar seperti Sukan Sea dan Sukan Asia.  Ini menjadi petanda bahawa populariti sukan ini juga terarah kepada kaum wanita dan tidak lagi dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

Kesimpulan


Sepak Takraw pada asasnya adalah suatu budaya tetapi telah diangkat nilainya menjadi industri budaya Mampu mendatangkan pulangan dari sudut ekonomi kepada pemain dan negara serta masyarakat Malaysia khususnya perlu mengambil inisiatif bagaimana mengatasi Thailand selaku kuasa besar dalam sepak takraw.  Dalam hal ini juga dapat disimpulkan bahawa hubungan antara budaya tradisi industri budaya dan teknologi budaya merupakan suatu bentuk agen perubahan yang mempopularkan sesuatu budaya menjadi suatu bentuk budaya baru yang lebih popular.   Misalnya sepak takraw tidak lagi menjadi alat hiburan masyarakat semata-mata sebaliknya menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara dari aspek ekonomi. 

Saturday 26 February 2011

Penantian


 Artist: Febians

Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti

Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu

Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana

Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula

temenung aku disini

nulkilan: waris pujangga

apabila daku melihat awan nan kelabu
selagi itulah hatiku pilu
mengenang kisah lalu
antara dua insan itu

selagi aku disini
kenangan itu pemahat hati
kerana kamu adalah pembaja naluri
sering ku fikirkan mengapa aku dipinggiri

aku adalah insan lemah
memerlukan keringat kasih
memadam api resah
namun pada-Nya jualah tempat sembah

doaku moga dikau bahagia
disamping insan teristimewa
kerana dikau bukan takdir bersama
biarlah hatiku berwarna sengketa
kerana itu kehendak-Nya

Thursday 24 February 2011

sendiri menempuh hidup



Sendiri
Menempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

Wednesday 23 February 2011

tunjuk ajar Melayu


Dalam peradaban Melayu tunjuk ajar merupakan sesuatu perkara yang sinonim,  orang Melayu menyampaikan suatu tunjuk ajar dalam pelbagai cara antaranya melalui pantun, syair, seloka, bidalan dan lain-lain. soalnya disini mengapa generasi hari ini begitu leka dengan pesanan-pesanan tersebut. Bagi orang Melayu, pantun sudah mendarah daging. Mereka bukan sahaja arif menyemak makna yang terkandung di dalam pantun, tetapi banyak pula yang mahir berpantun. Pada masa silam, pantun memegang peranan penting dalam menyebarluaskan nilai-nilai asas kemelayuan. Oleh sebab itu, pantun dijadikan media tunjuk ajar yang diwujudkan ke dalam beragam jenis pantun, seperti: pantun adat, pantun nasihat, pantun kelakar,pantun sindiran dan pantun berkasih sayang.

   Orang tua-tua menjelaskan bahawa dahulu setiap orang Melayu sejak meningkat remaja sudah dibiasakan mengikuti barbagai-bagai kegiatan pantun-memantun, baik yang dilakukan di lingkungan remajanya, maupun yang lain. Dalam setiap kesempatan, mereka mendapat peluang untuk turut “menjual” dan “membeli” pantun, sehingga kreativitinya dalam pantun memantun dapat berkembang, dan keberaniannya untuk tampil di depan umum semakin kukuh.

   malah pantun merupakan umpama media yang dipertandingkan dalam masyarakat yang disukai segenap lapisan masyarakat, maka tidak menjadi kehairanan mengapa pantun menjadi sesuatu terselah dalam jiwa kemelayuan kata pak tenas iaitu Tunjuk ajar harus mengandung nilai-nilai luhur agama Islam dan juga sesuai dengan budaya dan norma-norma sosial yang dianut masyarakatnya (Effendy, 2006: 9) Mereka menyadari, bahwa tanpa tunjuk ajar atau petuah amanah, banyak nilai luhur yang terabaikan dan banyak manfaat yang terbuang percuma, bahkan tidak mustahil dapat menyebabkan orang menjadi sesat ataupun gagal dalam hidupnya (Effendy, 2006: 12).

   Dari kenyataan diatas jelas kita dapat menperlihatkan bagaimana santun Melayu terhadap pemikiran yang boleh diperkatakan sebagai pewarisan tunjuk ajar, adat Melayu menyimpulkan pula bahwa sebelum memberikan tunjuk ajar, seseorang terlebih dahulu wajib memahami, mencerna, dan menghayati nilai luhur yang terdapat di dalam tunjuk ajar.Di dalam kehidupan tradisional orang Melayu, kebanyakan dari mereka lebih mempercayai contoh dan teladan nyata yang dapat mereka lihat dengan mata kepala dari pada mendengar pembicaraan. Orang tua-tua mengatakan, “ mencontoh kepada yang nampak, meniru kepada yang nyata”. 

“mulut bermadu, perangai macam hantu” , “bila bercakap bercabang lidah, seumur hidup tidak dipercaya orang”. Bila bercakap bercabang lidah, pantang sekali memegang amanah” (Effendy, 2006: 19).  Bila pewarisan tunjuk ajar dikaitkan dengan pembangunan bangsa, maka dapat dilihat adanya titik temu, mengingat tunjuk ajar mengandung nilai-nilai luhur yang amat diperlukan terutama dalam meningkatkan kemampuan sumber daya manusia (Effendy, 2006: 24).

Tuesday 22 February 2011

UM tak penting bahasa Melayu?


BAHASA Melayu merupakan bahasa ilmu yang sudah terbukti keunggulannya dalam menjulang peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Namun demikian, masih ada pihak atau individu yang mempersoalkan kemampuan bahasa Melayu itu terus subur sebagai medium perantara ilmu ketamadunan Melayu di institusi pengajian tinggi?
Atau lebih tepat lagi, melahirkan hasrat untuk menghapuskan penggunaannya di sebuah gedung ilmu yang menjadi kiblat kepada negara-negara luar untuk mendalami bidang ilmu pengajian Melayu?
Seperti tulisan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan bertajuk Bahasa, Budaya dan Sastera dalam 50 Tahun Pembangunan Malaysia: Satu Sorotan.
Tanpa disedari bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa antarabangsa di luar negara; seperti juga yang diketahui di beberapa negara seperti Thailand, China, Korea Selatan dan Singapura, juga terdapat di pelbagai pusat pengajian Melayu di seluruh dunia.
Adakah pelajar antarabangsa ini datang ke Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) semata-mata untuk mendalami bahasa Inggeris?
Dengan mengambil Singapura sebagai contoh mudah, penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik berbanding kita. Dan ini ialah realiti.
Apabila individu peneraju seperti Naib Canselor Universiti Malaya menimbulkan isu ini, beliau seolah-olah memperlekehkan keupayaan bahasa Melayu untuk memperkasakan ilmu Pengajian Melayu di peringkat dunia. Walhal, pihak pengurusan APM sendiri sedang giat berusaha untuk memperluas usaha sama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan berkaitan bidang ilmu Melayu di peringkat global.
Natijahnya, kita mendapat maklum balas yang amat positif hasil daripada penyelidikan salah seorang daripada pensyarah APM sendiri di Universiti Frankfurt, Jerman, misalnya.
Ini membuktikan bahawa APM bukanlah 'biawak hidup' atau beban kepada UM sekali gus menjadi batu penghalang untuk melonjakkan nama Universiti Malaya sebagai 100 universiti terbaik dunia hanya disebabkan penolakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Nah, adakah hanya disebabkan permasalahan ranking dalam pasaran kerja yang dibuat dalam tempoh enam bulan selepas graduasi dijadikan sebagai ukuran?
Tanpa menolak keperluan bahasa Inggeris untuk menghadapi rempuhan globalisasi yang mendesak, sewajarnya Akademi Pengajian Melayu dilihat sebagai warisan keintelektualan bangsa Melayu yang lestari memartabatkan bahasa Melayu.
Apalah gunanya doktor lulusan luar negara yang fasih berbahasa asing, walhal tidak berupaya berkhidmat dengan baik disebabkan tidak menguasai bidang ilmu yang dipelajari dan hilang nilai kemurniaan budaya bangsanya sendiri?
Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."
YUSUFJALLI
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Aku seorang profeser



Keheningan fajar itu mengingatkan Farid kembali tentang sejarah bonda yang saban waktu bangun untuk menyiapkan sarapan dan bapa yang tiga hari lalu tak pulang kerana kerja buruh yang jauh disana, ketika itu aku masih bersekolah di darjah enam.
            Ketika disekolah itulah aku teringat tentang suara sumbang jiranku berkata “ tak payahlah engkau mah hantar Farid ke sekolah buang masa je? Dia tu dah la bodoh, nakal, tak dengar kata pula tu”  itulah perkataan pertama yang terdengar di telinganya.
Namun ketika itu Farid masih tertanya-tanya pada dirinya mampukah dia terus belajar.
pada waktu malam pula ketika orang lain sedang sibut dengan kelas tambahan, Farid masih terkial-kial belajar mengeja dengan abangnya.
            Farid mengerti bukan dia saja yang tidak dapat ke kelas tambahan malah abangnya pun sama, dia mengerti kerana kemiskinan puncanya. Namun dalam hatinya masih bersyukur kerana bapanya walaupun tidak tinggi ilmu agamanya tetapi sering menasihati anak-anaknya supaya bersabar. Seingat Farid pesanan bapanya yang sering dipegang ialah “ biar orang benci kita, asal Allah menyanyangi.
            Pada 10 0gos  keputusan Ujian percapaian sekolah rendah diumunkan dan farid mendapat keputusan kurang memberansangkan, di situlah sekali lagi makcik joyah dengan nada selamba mengeluarkan kata-katanya “ itulah kau mah aku bilang tak percaya yang Farid ni bodoh kalau belajar pun bukan pandai macam anak aku”. Mulai dari itu lah Farid mulai benci dengan jirannya. Tetapi dalam masa yang sama Farid menanam azam dan berkata dalam hatinya “tak apa mungkin inilah kali terakhir aku gagal, kerana Allah ada bersama”.
            Ketika Farid berada di tingkatan satu farid sekali lagi teruji, takkala abang kesayangannya terpaksa behenti sekolah ketika ingin jejak kaki di tingkatan empat kerana masalah kewangan yang dihadapi. Pada masa yang sama Farid menitiskan air mata mengenangkan nasib abangnya itu, Farid tahu yang abangnya berkorban untuk adik-adiknya yang tujuh orang lagi. Dalam hati Farid berkata “manalah jiran-jiran, saudara mara, dan ketua kampung yang tidak menolongnya”. Dari situ, bermulalah kerjaya baru abangnya iaitu menolong bapanya sebagai buruh dan ibunya masih sama dengan pekerjaan sebagai suri rumah serta bertani di sekitar rumah.
            Ketika Farid sedang menonton televisyen lama pemberian ihsan kawan bapanya, dia sangat kagum dengan ucapan seorang Profesor  dari sebuah Universiti ternama negara. Dari situlah beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang Profeser? Pada keesokan paginya Farid pergi menolong abangnya mengambil upah mengutip kelapa untuk dikopek. Ketika sedang berehat, farid mendengar abangnya berkata “Farid belajar rajin-rajin, jangan jadi macam abang tak ada masa depan”. Farid sekadar mengangguk’ dan abangnya berkata lagi “ selagi abang masih ada dan mampu menyara Farid dan adik-adik buatlah yang terbaik”.
            Farid dalam dilema? Kata-kata kesat jiran-jiran yang sejak dahulu masih berkumandang ditelinga dan ditambah dengan kesempitan hidup berlegar dalam fikiran. namun kata-kata penghinaan itulah sebenarnya yang sebenarnya telah merangsang semangat farid untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh di tambah dengan kata-kata semangat dari keluarganya.
           
Tanggal lima belas Disember keputusan peperiksaan Menengah Rendah diumunkan Farid telah menyambutnya dengan tagisan. Bukan kerana kecewa tetapi terlampau gembira dengan keputusannya. Kerana itulah pada hari tersebut Farid dikelilingi orang ramai untuk mengucapkan tahniah.
Ketika sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah, tiba-tiba dia dihampiri seseorang ? Rupa-rupanya kawannya Amin yang sudah lama tidak  berjumpa, sambil tersenyum-senyum Amin mehulurkan jam tangan sebagai hadiah. dalam berbualan itu Amin menyatakan kekecewaannya kerana beliau tidak mendapat keputusan cemerlang. Seperti yang dijangka, jirannya makcik joyah masih tidak berubah dengan mulutnya itu dengan berkata “ Mah tengok anak ko Farid, kan aku dah kata belajar macam mana pun tidak cerdiknya”. Farid tersenyum-senyum sambil memandang mak cik Joyah.
Tanpa menghiraukan mak cik Joyah, Farid meluru ke arah tempat bapa dan abangnya berehat di bawah sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya. Farid memeluk erat kedua-duanya sambil berlinangan air mata kejayaan.
Deruman enjin motor kapcai telah mengejutkan mak Mah yang sedang asyik meraut lidi kelapa, dia memandang ke arah muka posmen itu sambil tersenyum lebar. tanpa segan posmen menghulurkan sekeping surat kepada mak mah dah berlalu pergi.
Selang beberapa jam kemudian Farid pulang dari mengail ikan, dan mak Mah masih tekun meraut lidi. Dengan suara lembut mak Mah meminta Farid membacakan surat tadi, maklumla ibunya tidak tahu membaca. Dalam surat itu Farid ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh.

Tibalah hari dinantikan dalam ribuan manusia pada hari itu Farid merupakan diantara insan bertuah dapat melanjutkan pelajaran disitu. Farid memandang sekeliling kerana merasai pandangan-pandangan liar yang memerhatikannya. Ternyata ianya benar, di bangku berhampiran tiada kelihatan seorang pun disitu. Dalam hatinya berkata “hinakah aku yang miskin ini”.  Abangnya mengosok-gosok belakang kerana mengerti situasi adiknya itu. Dalam lamunan itu Farid tersedar apabila namanya di sebut oleh seorang guru yang bertugas.
Farid menyerahkan beberapa dokumen penting yang diperlukan, dalam masa yang sama abangnya meminta penanguhan bayaran, apabila semuanya selesai abangnya meminta izin untuk pulang. Dengan parasaan tenang dia merelakan pemergian abangnya.
Pada keesokan harinya jelingan tajam sering memandangnya  di perhimpunan, sambil orang di kiri kanannya membisikkan sesuatu, ada yang ketawa dan tidak kurang dengan kata-kata sinis “ha tu dia budak kampung, dah la selekeh baju buruk pula tu”. Dalam kelas Farid kelihatan murung tanpa menhiraukan rakan-rakan sekelilingnya.
Pemerhatian Farid kemudian tertumpu di suatu sudut, matanya terarah kepada bunyi  tapak kasut, muncul kelibat seorang insan bergelar guru berhampiran meja buruk itu. Ternyata kasut tersebut merupakan bunyi tapak kasut cikgu tadi. Jelingan tajam mata cikgu tua tepat kearah Farid kerana mungkin perwatakan tidak seceria yang lain, mungkin juga kerana bajunya yang lusuh itu menarik perhatian cikgu?

Deringan loceng menandakan waktu rehat, Farid menyeluk saku poketnya kelihatan sedikit gelisah, rakan-rakan lain bergegas keluar dari kelas, Farid sahaja yang masih setia di bangku kerusi, ketika sedang asyik duduk dia sekali lagi sedikit terkejut dengan bunyi tapak kasut yang sama semasa  seminggu lepas, ternyata anggapannya benar seorang cikgu tua itu. Kedengaran suara serak basah memanggil namanya “farid datang sini kejap mari ikut cikgu ke pejabat”. Dalam seribu persoalan Farid melangkah kakinya perlahan, hatinya berkata “untuk apa aku dipanggil”. Selang beberapa minit sampailah ke pejabat yang luntur itu.
Farid dihulur sekeping kertas bewarna kuning oleh cikgu tua itu. Namanya tersenarai di tempat teratas sebagai penghutang, kepala sedikit tunduk kebawah dengan muka kemerah-merahan, cikgu tua itu memandang tepat ke arah mukanya seolah-olah memahami apa yang tersirat di hati Farid? Cikgu tua itu berkata “ cikgu tahu apa yang kamu alami sekarang, kerana cikgu dulu pernah berada di tempat kamu”
Setelah hampir setengah jam Farid dibenarkan masuk ke dalam kelas untuk menyambung kelas berikutnya.
Pada hari minggu Farid dikunjungi oleh orang tuanya, kecerian di wajah Farid tidak dapat digambarkan kerana rindu akan keluarga sedikit terubat, dalam waktu sama Farid diberi sedikit buah tangan dan wang saku untuk dibelanjakan. Sedang seronok berbual Farid bertanya “mana abang?” kerana lama tidak bertemu, perasaan gelisah menyelubungi orang tuanya untuk menjawab pertayaan itu, namun mak mah menggagahkan perasaan menjawabnya  “abang kamu sakit, dihempak konkrik”.
Farid tergaman seketika? Dengan suara tergagap-gagap beliau dengan nada yang sedikit sayu dia sedikit terkilan mengenai kejadian menimpa abang kesayangannya itu. Ibunya cuba menenangkan jiwa anaknya yang sedang bergemuruh itu. Sambil mengusap-usap kepala anaknya ibunya cuba menenangkan jiwa anaknya itu.
Selang beberapa minggu Farid yang ketika itu sedang kusyuk belajar, tiba-tiba dikejutkan pengumuman dari pejabat sekolah, memintanya segera ke sana. Tiba di pejabat beliau sedikit terkejut dengan kehadiran pak cik Jusoh yang kelihatan sedang duduk di kerusi pejabat dengan wajah yang lesu.
Farid sekali lagi teruji dengan hampir pengsan, sebak, dan bercampur dengan linangan air mata. Pak cik Jusoh dengan erat memeluk anak saudaranya, kesabaran Farid yang selama ini ketal hampir runtuh apabila dikabarkan dengan berita kematian abang kesayangannya itu.
Dengan keizinan pegetua, Farid dibawa pulang kerumah, tiba dirumah tanpa menhiraukan jiran tetangga berada di situ. Dia sekuat hati berlari meluru masuk ke dalam rumah mencari sekujur tubuh yang sedang kaku itu. abangnya umpama ayah kedua baginya, dikala dicaci dan dihina jirannya abangnya itulah yang menjadi penawar duka baginya, gurunya ketika orang lain sibut ke tuisyen, pengorbanan membantu ibubapa untuk tujuh adiknya tak disia-siakan, dan dikenang hingga akhir hayat.


Keputusan perperiksaan akhir tahun diumumkan,  Farid ketika itu kelihatan sedikit merosot dari sebelumnya, akibat daripada kematian abangnya. Kotak fikirannya hanya berfikir tentang nasib enam orang adiknya yang lain, kini tugas tersebut mesti dipikul olehnya sebagai abang yang paling tua.
Sambil termenung panjang di katilnya, Farid kemudiannya teringat tentang sekeping surat yang diberi oleh ibunya selepas seminggu kematian abangnya. Tanpa berlengah dia mengambil surat pemberian abangnya itu dalamnya tertera.
‘Asalamualaikun adikku Farid, setelah adik membaca surat ini mungkin abang tiada lagi di dunia ini. Tetapi abang berharap semoga Farid dapat meneruskan cita-cita Farid untuk menjadi seorang profesor. Abang tahu adik kini sudah matang dan boleh berdikari sendiri. Jangan jadi seperti abang membanting tulang di tengah panas matahari tetapi pendapatan tak seberapa. Setelah beberapa tahun abang berkerja alhamdullilah abang ada menyimpan wang untuk Farid dan adik-adik meneruskan pelajaran, abang berharap setelah ketiadaan abang ini, Farid jagalah mak, ayah dan adik-adik yang penting teruskan berusaha mencapai cita-cita menjadi seorang profesor.”
Tanpa disedari air mutiara jernih membasahi pipinya, bermula dari situlah pewatakan Farid mulai berubah, pelajaran agama yang ditimbanya di sekolah banyak membantu memberi motiwasi kepada dirinya. Warkah terakhir dari abangnya itu, terus tersimpan sebagai azimat di masa hadapan. Semangat juang abangnya dalam hidup telah menyerap masuk ke dalam jiwa Farid. Walaupun abangnya tidak tinggi dalam pelajaran. Namun semangat kental, aklak dan ketaatan abangnya menjadi falsafah dalam hidupnya.
Tibalah hari  yang ditunggu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, nama Farid menjadi sebutan dikalangan guru dan rakan-rakannya yang lain, seorang anak buruh yang dahulunya di pandang sinis, dicaci, dan dihina oleh orang kampung kini menjadi masyur namanya. Farid dikelilingi oleh rakannya yang dahulu sering memandang rendah kepadanya mengucapkan tahniah. Namun begitu jauh disudut hati kecilnya mengucapkan syukur kepada-Nya kerana memberi kejayaan padanya. Namun sedikit terkilan dihati kerana kejayaan tersebut tidak dapat dikongsi dengan abangnya. Cuma yang mampu diberikan adalah berdoa sahaja.
Dengan keputusan tersebut Farid mendapat penajaan biasiswa dari kerajaan untuk menyambung pelajaran di University of Cambridge, United Kingdom. Kejayaan tersebut juga telah membuka mata banyak pihak untuk membantu keluarganya yang sebelum ini dipinggirkan masyarakat. Farid juga terfikir tentang pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Berkat kesabaran yang selama ini membuahkan hasil kemudiannya, dia menyatakan pada dirinya “semua ini adalah berkat pengorbanan seorang bapa, ibu, dan abangnya kerananya aku mungkin tidak seperti sekarang” bisik hatinya?


            Termenung jauh di sebalik tingkap ruang biliknya Farid kini telah bergelar seorang tenaga pengajar yang disengani di sebuah universiti , sebut sahaja Profesor Farid tentu sahaja membuatkan pelajarnya meremang bulu roma, apa tidaknya dia merupakan seorang Profesor yang lantang berkata-kata, setiap katanya itu mahal harganya?
Farid pulang ke kampung tercinta? tempat yang banyak tertulis baginya sejarah kehidupan, tempat bermulanya perjuangan, dan tempat yang telah telah menjadi neraka baginya. Apabila turun dari kereta seperti biasa dia teringat akan mak cik Joyah tetang mulut bisingnya itu.
Setelah beberapa hari di kampung mak cik Joyah muncul di hadapan rumah, setelah salam dijawab farid menjemputnya naik. Dalam perbualan mak cik Joyah meminta maaf atas umpat kejinya selama ini, di hatinya farid memanjatkan syukur kerana doanya selama ini termakbul di samping redha dengan ketentuannya.
Farid sekali lagi teringat akan abangnya dan warkah terakhir tinggalannya, sekali lagi linangan air mata kerahmatan membasahi pipinya. Di hatinya beliau amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana amanat abangnya tertunai jua dan kini enam orang adiknya telah berjaya dan ada yang masih menyambung pengajian. Ibu bapanya baru sahaja balik dari Baitullah menunaikan rukun Islam kelima. Namun yang paling membanggakan Farid adalah  “aku seorang Profesor” bisik hatinya.













Monday 21 February 2011

Ciri-Ciri Pemimpin

A. Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik 

Parkinson dan Rustomji (1986) dalam buku "Understanding Management"
menyenaraikan ciri-ciri berikut sebagai yang biasa terdapat serta menjadi amalan
seseorang pemimpin yang baik;
1. Eksekutif berkesan mengawal ketat masa mereka. 
2. Fokus kepada sumbangan"ke luar". Mereka capai hasil bukan bekerja dalam suasana serba sukar, tetapi melalui satu arah yang baik lagi sesuai.
3. Kekuatan diri sendiri, kekuatan rakan sejawat dan juga kekuatan pegawai atasan dan kakitangan bawahan. Mereka tidak berdukacita atau memaafkan kelemahan-kelemahan.
4. Beri perhatian kepada beberapa aspek penting prestasi yang boleh mengeluarkan hasil yang cemerlang. Mereka melakuakan "First things first" dan tidak ada sama sekali 'Second things first'. 
5. Mengetahui bahawa membuat banyak keputusan tergesa-gesa akan sebabkan keputusan-keputusan yang salah; apa yang perlu ialah keputusan yang sedikit tetapi amat fundamental. 
6. Mereka lakukan delegasi sebanyak mungkin supaya mereka bebas untuk berfikir ke arah rancangan masa depan organisasi mereka.


B. Ciri-ciri pemimpin untuk menjadi pengurus yang berkesan:

Pengurusan yang berkesan menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut;
1. Kemampuan mengatur diri.
2. Nilai-nilai peribadi yang sihat.
3. Cita-cita peribadi yang jelas.
4. Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus.
5. Ketrampilan menyelesaika masalah.
6. Kemampuan untuk menjadi kreatif dan inovatif.
7. Kemampuan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
8. Pemahaman terhadap gaya pengurusan.
9. Kemampuan menyelia.
10. Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain.
11. Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.

Oleh itu seseorang yang ingin menjadi seorang pengurus yang berkesan haruslah
mengenal pasti sebelas jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri,
dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang
tulen.



C. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan ialah:

1. Dia membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Ahli merasakan diri mereka cekap.
2. Dia menggunakan kewibawaan untuk membina amanah pekerja-pekerja kepada dirinya. Dia tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.
3. Dia dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di antara pekerja-pekerja supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih tinggi.

generasi harapan?

karya: warisan pujangga

sambil aku termenung, aku terfikir sesuatu tentang kelalaian kita pada hari ini? lalai kerana kiri kanan kita adalah sesuatu benda yang menyedihkan. kenapa sekarang banyak dilaburkan dengan wang ringgit. aku semakin hari sedih memikirkan para pemimpin sekarang mementingkan material semata-mata. ya Allah bimbinglah daku dari kelalaian ini. silap siapa semua ini? kenapa ramai pemimpin mengaku dirinya islam tetapi menolak islam, bila ditegur macam-macam yang diperkatakan, sedangkan menegur bukan ertinya menjatuhkan tetapi atas dasar sesama islam pemimpin ini hanya mengingatkan, adakah ini salah?
    Bagiku atas dasar menyelamatkanlah pemimpin ini cuba mengingatkan saudaranya daripada terus lalai dibelenggu dunia yang dibina, ya Allah berikan hidayah pada pimpinan ini. kerana aku sangat sayang kepada negara ini yang aman dan makmur. jadilah seperti kelantan apabila aku melihat sambutan 31 Ogos dulu aku menitiskan air mata, damai hatiku kerana kemerdekaan disambut sederhana tapi penuh keberkatan, pemimpinya meyambut dengan solat hajat memohon kemerdekaan ini terus dikekalkan. tetapi amat malang apabila daku melihatnya di negeri lain. di kuala Lumpur cuba anda lihat malam sambutan kemerdekaan diwarnai dengan bunga api, sorakan dan lain-lain. adakah kita terfikir bahawa kemerdekaan yang kita kecapi akan hilang sekelip mata. dimana rasa syukur kita? 
    generasi inikah nak dibanggakan di masa akan datang? ingatlah suatu masa kita akan berkeluarga dan anak-anak kita adalah peyambungnya. kita nak ke generasi yang akan kita tinggalkan akan terus mewarisi kebodohan kita pada hari ini. ingatlah bahawa nabi telah berpesan bahawa aku telah tinggalkan 2 perkara iaitu al-Quran dan hadis dan siapa mengikutinya maka tidak sesatlah ia. tapi generasi sekarang banyak disogokan dengan kemewahan sehingga telah hilang pedoman. ya Allah semoga dikau tidak masukkan daku dikalangan orang-orang yang sesat... amin

Sunday 20 February 2011

generasi keliru

karya: warisanpujangga

bagi yang melalui zaman pahit getir memanglah sesuatu yang biasa akan tetapi generasi yang muncul pada zaman baru iaitu apabila negara mencapai kemajuan yang bakal mewarisi kepimpinan negara. sedikit terkeliru dengan segala macam bentuk pemikiran yang dibawa oleh pimpinan negara. menyentuh soal bahasa misalnya, kita masih lagi dibelenggu oleh soal mematabatkan bahasa tersebut sedangkan sudah termaktub dalam perkara 153 bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. generasi terkeliru disebabkan oleh pemimpin Melayu sendiri sejak akhir-akhir ini menidak keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

jangan jadikan peribahasa kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan sebagai identiti. cukuplah dahulu kita terjajah kerana perebutan kuasa, perasaan iri hati di kalangan pemimpin untuk berkuasa. cukuplah peristiwa itu sebagai lipatan sejarah. tapi kini kita telah kembali berkuasa dan hampir separuh dekad kita merdeka, jika di ukur masa tersebut kita sebenarnya mampu berdiri. jika melihat Jepun suatu ketika dahulu gah dengan ketenteraannya apabila pengeboman nagasaki dan hirosima negara tersebut seakan lumpuh. namun begitu atas dasar semangat kenegaraan negara Jepun dahulu terkenal dengan ketenteraan telah berubah menjadi kuasa ekonomi yang disengani. persoalan disini adakah mereka bangkit dengan bantuan luar?

Jepun telah berjaya kerana mengunakan bahasa sendiri dan pemerolehan ilmunya semuanya belandaskan kepada kajian ilmu sendiri. mereka menulis ilmu mereka itu dengan bahasa ibunda mereka. sehinggakan negara luar terutama barat terpinga-pingan. dasar pandang ketimur merupakan suatu dasar yang tepat kerana mengambil Jepun sebagai contoh. tapi dalam soalnya mengapa generasi hari ini disogok bangga oleh bahasa koloneal itu? hal ini disebabkan terdapat pemimpin yang berfikir masih lagi katak di bawah tempurung walaupun berpendidikan tinggi.

Nasib Melayu di bumi Melayu

Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah
Nasib Melayu di bumi Melayu
Oleh
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan suruhanjaya bebas diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina MCA, Gerakan (BN) dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan. Saya tidak nafikan ada yang tidak kena dengan cara SPRM mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrim mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang bakal lahir yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock ‘dibinkan’ atau diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah ketua wanita MCA bahawa betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukareala) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini?

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfucius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan ketua wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan bersekedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah. Saya masih tidak faham kenapa hari ini, terlalu ramai di kalangan kita suka menjadikan wanita sebagai mangsa dengan melakukan hubungan seks (sehingga mengandung) sebelum dinikahkan? Ajaran agama manakah yang membenarkan hubungan haram ini? Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrim. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami. Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebalik. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1988. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah? Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan parti PAS dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Kes yang hampir sama berlaku, saya masih teringat pada November 2005, kononnya tahanan warga Cina telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambar-gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat saya, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat dari kejadian tersebut. Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrim MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga Cina tetapi seorang gadis Melayu.
Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina. Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikan dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita? Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.
Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam. Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibarat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau. Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uigur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini? Hanya kerana orang Cina itu beragama ISLAM, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat seperti cacing kepanasan.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu Murtad (Lina Joey), berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad. Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad. Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrim ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah. Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit. Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntung sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, UPNM (email: mrtee@upnm.edu.my)
Disiarkan: Utusan Malaysia, 26 Julai 2009