kawan

Saturday 5 March 2011

ARKIB : 05/03/2011

BAHASA MELAYU TERSUNGKUR DI UM

SUSURILAH jalan-jalan utama di sekitar Universiti Malaya (UM) dan anda akan berasa seolah-olah berada di tanah asing. Hampir semua kain rentang (kecuali Bahagian Keselamatan UM) sepenuhnya dalam bahasa Inggeris tanpa adanya versi bahasa Melayu.
Rasa lebih bangga kepada bahasa Inggeris begitu ketara dalam urusan rasmi. Jadi, apa bukti kononnya UM mengamalkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi seperti yang dinyatakan dalam maklum balas pihak pentadbiran UM tempoh hari?
Tajuk ucapan dan taklimat Naib Canselor sepanjang sejam 29 minit yang kontroversi itu pada 14 Februari lalu dalam bahasa Inggeris malah banyak dalam bahasa rojak. Bukankah ucapan tersebut dalam kategori urusan rasmi?
Jika benar penggunaan bahasa Melayu, mengapa Naib Canselor menggesa warga UM bercakap dalam bahasa Inggeris sepanjang masa dan di mana-mana sahaja; mendesak Majlis Perwakilan Mahasiswa akan datang membuat program berkaitan penguasaan bahasa Inggeris serta bersetuju pendapat seorang pelajar Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang meminta segala-galanya mesti dalam bahasa Inggeris dengan kata kuncinya mentaliti mesti berubah?
Mohon Kementerian Pengajian Tinggi mengambil maklum tindakan pimpinan universiti yang tidak membantu peradaban dan keperibadian bangsa sendiri


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm&arc=hive

No comments:

Post a Comment