kawan

Wednesday 2 March 2011

suatu cerita


semasa di dewan kuliah daku mendengar penjelasan seorang pensyarah dari korea menjelaskan bahawa kerugian jika bahasa Melayu di ubah dalam bahasa Inggeris. kerana pengalaman negara mereka dijajah menyebabkan mereka hilang identiti dan bahasanya, malah dalam 30 tahun dijajah bermacam-macam yang dilalui di negara korea. selain itu rakyat korea dilabel pemalas. hal ini sama berlaku ke atas tanah Melayu pada ketika itu apabila kolenial menyatakan Melayu itu pemalas.
     sedarkah kita bahawa bangsa Melayu merupakan yang hebat, dan pelayar ulung. kerajaan Melayu ketika itu seperti lembah bujang merupakan sebuah kawasan perdagangan yang hebat. hal sama turut berlaku pada kerajaan kesultanan Melayu Melaka. jika hilang bahasa maka hilanglah identiti kita? inginkah anda melihat nanti generasi akan datang tidak tahu berbahasa Melayu. hilangnya bahasa bermakna hilanglah identiti, tidak salah kiranya kita menguasai bahasa asing tetapi jangan sampai bahasa sendiri telah lenyap baharulah kita sedar bertapa pentingnya bahasa Melayu itu.
     sebenarnya saya sendiri tidak sedar bahawa kerajaan belanda ketika itu membawa ribuan naskah masnuskrip di bawa balik kenegaranya untuk diselidiki malah ada diantaranya telah di adaptasi menjadi sebuah cerita. setelah di jelaskan oleh seorang pensyarah yang sememangnya turut mengkaji manuskrip telah menceritakan bahawa ada sesetengah cerita dieropah di adaptasi dari cerita dalam masnuskrip tersebut.
    sedarkah kita sebelum cerita hikayat merong mahawangsa keluar lagi sudah ada negara eropah telah berminat untuk memiliki bahan tersebut. sedangkan tanpa disedari bahawa orang eropah sejak dahulu cuba untuk menterjemahkan masnuskrip ke dalam bahasa mereka. tapi ada sesetengah pihak cuba menidakan keupayaan bahasa Melayu sendiri.
    sedarkah kita bahawa di zaman menuntut kemerdekaan tulisan dalam bahasa Melayu inilah yang banyak membangkitkan semangat kita untuk terus berjuang hinggalah kita mencapai kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment