kawan

Friday 4 March 2011

realiti dan impian


Sebenarnya dari impian maka lahirlah realiti. Kerana manusia sentiasa impikan sesuatu yang dianggap sebagai sebagai luar biasa untuk dicapai, bagi penulis kerana impian inilah maka lahirnya seorang individu yang kreatif. dahulu kita bodoh, tiba satu peringkat kita ingin jadi yang cerdik itu impian. realitinya kita akan berusaha ke arah itu untuk jadi yang terbaik. Suatu impian akan menjadi realiti jika adanya usaha. Pada zaman dahulu manusia melihat bulan dan ada sesetengahnya impian ingin kebulan. Dari situ manusia akan terfikir bagaimana untuk menjadikan ianya realiti.
Dari situ manusia akan terdorong untuk mencipta sesuatu yang baharu. Jika dulu manusia mengambil masa berbulan-bulan berjalan kaki untuk sampai ke sesuatu tempat. Tapi kini dengan adanya teknologi manusia yang diberi akal ini terus berkembang mencipta kenderaan tidak kira darat, laut, atau udara. Tetapi yang lebih penting ianya terus berkembang untuk kemudahan manusia. Hal ini, memerlukan daya fikir dan daya usaha yang lebih gigih. Untuk menjadikan sebuah impian itu sebagai realiti. sesuatu itu perlu bermula dengan diri sendiri barulah dapat terus diterokai oleh generasi hadapan. Sesebuah tamadun berjaya biasanya dimulakan oleh generasi muda. Perkara ini berlaku disebabkan generasi belia ini mudah mengesan dan memulakan sesuatu yang baru daripada yang terdahulu.
Manusia yang berjaya adalah seseorang yang mencipta sesuatu yang baru selagi tidak bercanggah dengan fitrah semulajadi. Sedarkah kita bahawa Islam yang telah menjadi pembimbing kepada kesesatan. Suatu ketika dahulu dunia mengalami zaman yang gelap sehinggalah Islam kembali menjadi pembimbing. Kemudian ilmu yang dibawa Islam itu diambil oleh barat membina tamadun baru. Terakhir segala macam yang timbul adalah bermula dengan impian atau cita-cita kemudian barulah menjadi realiti. Realiti tersebut perlu disusuli dengan usaha dan doa. Seseoarang tidak akan berubah selagi tidak mahu merubah sendiri. Jadikan akalmu pencetus kegemilangan.

No comments:

Post a Comment